awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat masih tetap ambil pekerja baharu ketika pandemik - Kajian

Astro Awani
Astro Awani
12/11/2021
09:20 MYT
Syarikat masih tetap ambil pekerja baharu ketika pandemik - Kajian
Melissa berkata, hasil kajian itu sebenarnya di luar jangkaan mereka. - Gambar/ Aisling Media
KUALA LUMPUR: Walaupun berdepan pandemik, syarikat terutamanya yang terlibat dalam sektor penting termasuk ‘essential services’ masih lagi mampu untuk mengambil pekerja baharu.
Demikian dapatan daripada kajian dilakukan Aisling Group terhadap 61 organisasi yang memfokuskan kepada kesan pandemik bukan sahaja kepada syarikat tetapi kepada pekerja juga.
Pengasas dan Pengarah Urusan Aisling Group, Melissa Norman berkata, hasil kajian itu sebenarnya di luar jangkaan mereka.
“Berdasarkan daripada 61 responden, lebih 50 peratus organisasi masih mengambil pekerja baharu. Perkara lain yang turut diberi perhatian adalah peningkatan kemahiran termasuk ‘soft skills’, kemahiran manusia dan kemahiran digital.
BACA: Kadar pengangguran di Malaysia terus menurun pada September
“Lebih 80 peratus organisasi memberikan tumpuan terhadap meningkatkan kemahiran pekerja mereka. Tidak seperti yang kami jangka, semasa sekatan pergerakan, kami fikir banyak organisasi akan kurangkan pekerja atau tidak mengambil pekerja baharu.
“Namun sebaliknya berlaku. Kami mendapati sektor utama iaitu perkhidmatan penting yang dibenarkan beroperasi pada masa itu sebenarnya melabur kepada pekerja dan mengambil pekerja baharu juga,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI selepas selesai program ‘Media Roundtable On Malaysia’s Human Capital Development: Most In-demand Talent And Skills For Companies Thriving During The Pandemic’ baru-baru ini.
Bajet 2022: Menjana dan Mengekalkan Pekerjaan
Tambah beliau, melalui kajian tersebut juga, ia memberi idea untuk mereka mengkaji dengan lebih dalam masalah apa yang perlu diberikan perhatian lebih terutamanya melibatkan pekerja.
“Aisling akan meneruskannya, mengumpul lebih banyak maklumat mengenai kemahiran khususnya dan pembangunan bakat dalam kajian kami selepas ini,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#pandemik
#Aisling Group
#pekerja baharu
#syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan