KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran di negara ini terus mencatatkan penurunan 4.5 peratus membabitkan 729,600 orang pada September lepas berbanding bulan sebelumnya, menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Beliau berkata kedudukan tenaga buruh bertambah baik apabila bilangan tenaga kerja buruh terus meningkat manakala pengangguran menunjukkan trend menurun.
"Peralihan lebih banyak negeri ke fasa berikutnya dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) membolehkan lebih banyak aktiviti perniagaan beroperasi semula dengan waktu operasi perniagaan dilanjutkan.
"Selain itu, kebenaran perjalanan rentas negeri di kawasan Lembah Klang ditambah dengan pembukaan semula industri pelancongan domestik di Terengganu dan Pulau Langkawi, Kedah juga menggalakkan lebih banyak aktiviti ekonomi pada bulan dikaji," katanya dalam laporan Statistik Tenaga Buruh Malaysia di sini hari ini.
Menurut beliau kesemua situasi positif itu telah mendorong pasaran buruh untuk kembali kukuh dan mendapatkan semula momentumnya.
Mohd Uzir berkata mengikut sektor ekonomi, pekerja dalam sektor perkhidmatan terus mencatatkan peningkatan terutamanya dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit, perkhidmatan makanan dan minuman serta maklumat dan komunikasi.
Tenaga kerja dalam sektor pembuatan dan pembinaan juga mencatatkan perubahan positif manakala sektor pertanian, perlombongan dan kuari kekal menurun.
Mengulas lanjut mengenai situasi pengangguran pada September, Mohd Uzir berkata penganggur aktif atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan merangkumi 83.7 peratus daripada jumlah penganggur dan kumpulan ini menurun sebanyak 2.6 peratus kepada 611,000 orang berbanding 627,500 orang pada Ogos.
"Aktiviti ekonomi dinamik yang berterusan akan mempercepatkan proses pemulihan perniagaan dan seterusnya dikaitkan dengan peningkatan dalam permintaan buruh yang akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Ekonomi negara dijangka akan meningkat pada bulan-bulan akan datang yang digambarkan oleh Prestasi Indeks Pelopor yang lebih baik," katanya.
Menurut Mohd Uzir antara negeri yang mencatatkan penurunan kadar pengangguran ialah Putrajaya dengan 1.0 peratus, diikuti Melaka (3.0 peratus), Selangor (3.6 peratus), Negeri Sembilan (3.7 peratus) dan Pulau Pinang (3.7 peratus).
Dalam pada itu, beliau berkata terdapat sembilan negeri yang mencatatkan peningkatan dalam Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB), yang menunjukkan lebih banyak penyertaan buruh dalam ekonomi.
KPTB tertinggi dicatatkan oleh Selangor (74.7%), Kuala Lumpur (73.6%), Pulau Pinang (70.7%), Putrajaya (70.2%) dan Sarawak (69.7%).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021
MOHD UZIR: Ekonomi negara dijangka meningkat pada bulan-bulan akan datang yang digambarkan oleh Prestasi Indeks Pelopor yang lebih baik. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM
Menurut DOSM, pertumbuhan ini melebihi 5.0 peratus kenaikan pada bulan September, memberi isyarat akan daya tahan sektor itu dalam persekitaran ekonomi yang stabil.
Gaji, upah rakyat Malaysia naik 6.9 peratus - DOSM
Jurang purata gaji dan upah antara negeri masih melebar apabila Putrajaya merekodkan purata RM4,858 manakala Kedah mencatatkan purata RM2,859.
Kesalahan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak meningkat 21.1 peratus pada 2023
Kesalahan amang seksual secara fizikal terhadap kanak-kanak pada 2023 mencatatkan peningkatan 21.1 peratus.
Pneumonia sebab kematian utama pada 2023 - DOSM
Pneumonia mengatasi penyakit jantung iskemik sebagai sebab kematian utama buat kali pertama dalam dua dekad, kecuali pada 2021 berikutan wabak COVID-19.
DOSM rai 75 tahun perkhidmatan statistik bersama rakyat
Sambutan ulang tahun ini melambangkan pencapaian penting sepanjang tiga suku abad DOSM berkhidmat kepada negara, menyajikan statistik yang mendalam mengenai ekonomi, sosial, dan budaya masyarakat.
Inflasi Malaysia meningkat kepada 1.8 peratus pada September
Inflasi Malaysia pada September 2024 meningkat lebih rendah kepada 1.8 peratus dengan mata indeks mencatatkan 133.2 berbanding 130.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Kelahiran hidup meningkat 7.7 peratus pada 2023 - Perangkaan
Kelahiran hidup meningkat 7.7 peratus kepada 455,761 pada 2023 berbanding 423,124 kelahiran pada 2022.
Kes jenayah dalam talian meningkat lebih 35 peratus pada 2023
Jenayah e-Dagang merupakan penyumbang tertinggi jenayah dalam talian pada 2023 iaitu sebanyak 33.2 peratus, diikuti jenayah telekomunikasi.
IPP Malaysia naik 4.1 peratus pada Ogos, didorong pertumbuhan sektor pembuatan
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 4.1 peratus pada Ogos 2024, didorong oleh pertumbuhan sederhana dalam sektor pembuatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Kadar pengangguran turun kepada 3.2 peratus pada Ogos - DOSM
Statistik Tenaga Buruh Malaysia yang dikeluarkan oleh DOSM merekodkan kadar pengangguran pada 3.3 peratus.