awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat media utama dunia bergabung perangi cetak rompak digital

Shafizan Johari
Shafizan Johari
19/10/2017
08:16 MYT
Syarikat media utama dunia bergabung perangi cetak rompak digital
Tontonan di laman web haram adalah 3.25 kali ganda lebih tinggi berbanding laman web sah. - Gambar fail
Syarikat-syarikat media utama Asia hari ini mencapai kata sepakat untuk bersama-sama menentang aktiviti mencuri kandungan menerusi penubuhan Gabungan Menentang Cetak Rompak (CAP).
Gabungan ini akan mempelopori usaha untuk membasmi dan menggagalkan semua perusahaan cetak rompak seluruh Asia Pasifik, terutamanya ancaman peranti dan aplikasi penstriman haram.
CAP dianggotai syarikat-syarikat media utama dunia seperti Astro, The Walt Disney Company, Fox Networks Group, HBO Asia, NBCUniversal, Premier League, Turner Asia-Pacific, BBC Worldwide, Sony Pictures Television Networks Asia, dan Viacom International Media Networks.
Pemain industri sebelum ini menyuarakan kebimbangan terhadap aktiviti kecurian kandungan yang semakin merencatkan pertumbuhan industri dan memberi kesan kepada semua pemegang taruh dalam industri.
Industri kandungan sebelum ini diunjurkan berkembang 20 peratus di Asia dalam tempoh lima tahun.
Berdasarkan hasil kaji selidik Alexa Data pada Ogos lalu, statistik menunjukkan jumlah tontonan di lima laman web haram mencecah 71.4 juta tontonan manakala jumlah tontonan di lima laman web sah tertinggi di Malaysia mencatatkan hanya 21.9 juta tontonan.
Ini menjadikan tontonan di laman web haram adalah 3.25 kali ganda lebih tinggi berbanding laman web sah seperti Astro atau netflix.com.
Rantau Asia Pasifik juga mencatatkan kes cetak rompak tertinggi berbanding rantau lain di dunia.
Topic Berkaitan
#Alexa Data
#Gabungan Menentang Cetak Rompak
#penstriman haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan