awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat p-hailing beri komitmen untuk lebih telus tentu kadar upah penghantar - PM

Bernama
Bernama
08/08/2023
14:10 MYT
Syarikat p-hailing beri komitmen untuk lebih telus tentu kadar upah penghantar - PM
Syarikat pengendali p-hailing telah memberikan komitmen untuk lebih telus, meneliti dan memperhalusi lebih lanjut pandangan golongan penghantar dalam penentuan dan pengiraan kadar upah bagi mereka, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Syarikat pengendali p-hailing telah memberikan komitmen untuk lebih telus, meneliti dan memperhalusi lebih lanjut pandangan golongan penghantar dalam penentuan dan pengiraan kadar upah bagi mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata komitmen itu disuarakan menerusi satu pertemuan dengan 24 syarikat pengendali perkhidmatan berkenaan, yang turut dihadiri lima wakil penghantar yang hadir bagi menyatakan pandangan dan mendengar maklum balas pihak syarikat.
"Penelitian lanjut ini penting, bahawa dalam menambah baik kadar upah penghantar, kepentingan pengguna khususnya di kawasan luar bandar harus kekal diutamakan agar tidak terbeban di samping turut mengambil kira keupayaan syarikat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 22 Julai lepas, Anwar menyatakan beliau akan memanggil semua syarikat pengendali p-hailing bagi memberikan penjelasan terhadap beberapa isu dihadapi penghantar makanan dan barang.
Ini selepas salah seorang penghantar makanan, menerusi program Sesi Temu Anwar sempena Program Himpunan Rider MADANI Selangor mendakwa kadar penghantaran ketika ini semakin menurun daripada RM7 ke bawah, sekali gus mengurangkan pendapatan mereka.
Anwar berkata setelah mendengar pandangan kedua-dua belah pihak hari ini , Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk meningkatkan peruntukan bagi inisiatif dan latihan peningkatan kemahiran (upskilling) yang diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia.
Perdana Menteri berkata selain menyampaikan keluhan penghantar berkait isu kadar upah penghantaran, pertemuan berkenaan turut berkisar tentang pendapatan penghantar, jaringan keselamatan sosial serta keperluan latihan peningkatan kemahiran.
"Saya telah menyampaikan keluhan penghantar terkait dengan isu kadar upah penghantaran. Saya turut mendengar pandangan dan aduan daripada syarikat pengendali yang beroperasi di luar Lembah Klang yang tertumpu kepada perkhidmatan di luar bandar," katanya.
Turut hadir dalam pertemuan berkenaan ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar serta pegawai-pegawai kanan kementerian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#p-hailing
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#kadar upah
#penghantar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan