awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat pengendali p-hailing dipanggil bertemu PM Selasa depan - MoT

Bernama
Bernama
01/08/2023
05:24 MYT
Syarikat pengendali p-hailing dipanggil bertemu PM Selasa depan - MoT
Syarikat pengendali p-hailing akan dipanggil bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Ogos ini. -Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan menggunakan motosikal atau parcel hailing (p-hailing) akan dipanggil untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadualkan pada 8 Ogos ini.
Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan hari ini memaklumkan Perdana Menteri telah mengarahkan supaya satu pertemuan diadakan bersama syarikat-syarikat itu susulan perjumpaan beliau dengan rakan-rakan penghantar perkhidmatan p-hailing pada 22 Julai lepas, bagi memahami cabaran dihadapi mereka.
"Kerajaan Perpaduan sentiasa memberi perhatian terhadap isu kebajikan pekerja p-hailing dan terus komited dalam usaha memelihara kesejahteraan mereka di samping memastikan kemampanan pembangunan industri p-hailing selaras dengan konsep Malaysia Madani," menurut kenyataan itu.
Pada 22 Julai, Anwar meminta tempoh seminggu untuk beliau bertemu dengan syarikat p-hailing bagi membincangkan isu berkaitan kadar upah pengambilan dan penghantaran yang dikatakan semakin rendah.
Perdana Menteri berkata beliau mahu mendapatkan penjelasan secara langsung daripada syarikat berkenaan berhubung situasi itu yang dilihat agak membebankan pekerja p-hailing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#p-hailing
#syarikat pengendali perkhidmatan penghantaran makanan
#kadar upah pengambilan dan penghantaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan