awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat pengurusan Gunung Santubong jawab keluhan pendaki

Astro Awani
Astro Awani
20/12/2012
02:07 MYT
Syarikat pengurusan Gunung Santubong jawab keluhan pendaki
Mengulas dakwaan berkenaan, Green Paradise Jungle Trek, syarikat yang mengurus laluan pendakian Gunung Santubong menjelaskan bayaran bertujuan untuk menyelia kawasan berkenaan.
Sebahagian kutipan juga diperuntukkan untuk menjaga kebajikan pendaki.
Pemilik syarikat berkenaan, Dayang Noorazrina Abdullah menafikan kutipan bayaran bertujuan mengaut keuntungan.
Jelas beliau, kadar bayaran ditetapkan melalui persetujuan daripada semua pihak berwajib termasuk kerajaan negeri.
“Pihak Jabatan Perhutanan dan Alam Sekitar, YB DUN Pantai Damai dan Jabatan Kesihatan Sarawak sebenarnya sudah dimaklumkan. Perkara tersebut juga pernah disiarkan di dalam akhbar. Semua orang mengetahui akan hal tersebut. Jika ada pun orang yang tidak mengetahuinya adalah mereka yang sengaja tidak mahu mengambil tahu.”
Syarikatnya juga memiliki lesen yang sah.
Tambah Azrina, jumlah bayaran dikenakan adalah terlalu kecil berbanding kos yang ditanggung untuk memastikan trek pendaki selamat dan bersih.
“Dengan apa yang kami usahakan selama ini mungkin belum mencukupi. Mungkin orang di luar boleh menilai sendiri. Bayaran untuk pekerja yang mengutip sampah sudah berapa, bukan itu sahaja, mereka perlu mendaki gunung dan keletihan. Sampah yang dibuang di dalam gaung juga perlu dikutip.”
Justeru beliau berharap pihak yang masih mempertikaikan isu ini dapat bertemu sendiri dengannya untuk mendapat penjelasan lanjut.
Topic Berkaitan
#Green Paradise jungle trek
#gunung santubong
#Kuching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan