ALOR SETAR: Sebuah syarikat pengeluar produk sarung tangan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Kulim hari ini selepas didapati bersalah melepaskan efluen perindustrian melebihi had ke dalam dalam longkang awam, tahun lepas.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata hukuman terbabit diputuskan Hakim Mirza Mohammad selepas pengurus syarikat yang mewakili syarikat berkenaan selaku orang kena saman (OKS) mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapi.
Beliau berkata pasukan penguat kuasa JAS Kedah yang menjalankan lawatan penguatkuasaan Akta Alam Sekeliling 1974 pada 23 Mei 2023 telah mendapati syarikat berkenaan melepaskan efluen ke dalam longkang awam.
"Pada 9 hingga 10.25 pagi, syarikat yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Padang Meha, Padang Serai itu telah didapati melepaskan efluen perindustrian, iaitu kandungan keperluan oksigen kimia (COD) mempunyai kepekatan sebanyak 1,280 miligram seliter (mg/L) melebihi had 80mg/L.
"Syarikat berkenaan didakwa mengikut Peraturan 12(a) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 32 peraturan sama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata persampelan efluen perindustrian yang keluar dari Takat Pelepasan Terakhir Sistem Pengolahan Perindustrian Efluen (SPEP) milik syarikat itu telah dilakukan oleh pegawai JAS Cawangan Kulim.
Ia bagi memastikan efluen yang dilepaskan mematuhi had yang ditetapkan di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Katanya, syarikat itu juga pernah disabitkan di Mahkamah Kulim dengan denda RM10,000 bagi kesalahan di bawah Peraturan 4(2) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Eflluen Perindustrian) 2009 pada 12 Okt 2021, kerana melakukan perubahan terhadapan SPEP tanpa mengemukakan pemberitahuan bertulis kepada JAS.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2024

Sebuah syarikat pengeluar produk sarung tangan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Kulim hari ini selepas didapati bersalah melepaskan efluen perindustrian melebihi had ke dalam dalam longkang awam, tahun lepas. - Foto JAS Kedah
Starship bawa robot akan ke Marikh pada akhir 2026 - Musk
Kapal angkasa Starship yang membawa robot humanoid Tesla Optimus akan ke Marikh pada akhir 2026.
Trump optimis rundingan Rusia-Ukraine positif
Trump turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin serta beberapa pihak lain.
Naib presiden AS, JD Vance dan isteri dicemuh orang ramai ketika hadir konsert
Reaksi orang ramai itu tercetus susulan tindakan Presiden Donald Trump yang memecat kepimpinan pusat dan mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kennedy Center
Ribuan veteran protes, bantah cadangan Trump
Majoriti yang berhimpun di hadapan bangunan Capitol AS itu baru sahaj kehilangan pekerjaan akibat rancangan pemberhentian kerja Kerajaan Persekutuan
Majlis Keselamatan PBB gesa perlindungan rakyat Syria tanpa pengecualian
Majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengecam keganasan meluas yang berlaku di wilayah Latakia dan Tartus sejak 6 Mac serta menggesa perlindungan rakyat Syria tanpa pengecualian.
Lima maut, 24 cedera jalan bertingkat dalam pembinaan runtuh
Sekurang-kurangnya lima maut selepas sebuah jalan bertingkat yang dalam pembinaan di Bangkok runtuh pada awal Sabtu.
China wajibkan pelabelan kandungan janaan AI untuk perangi maklumat salah
Pihak berkuasa China mengeluarkan garis panduan yang mewajibkan label pada semua kandungan dijana oleh kecerdasan buatan yang diedarkan dalam talian, bertujuan untuk memerangi penyalahgunaan AI dan penyebaran maklumat palsu.
Bazar raya lesu, pendapatan peniaga merudum
Di Chukai, Kemaman, aktiviti perniagaan di beberapa Bazar Aidilfitri dilihat agak lesu dan perlahan, dengan peniaga merungut pendapatan mereka menurun antara 30% dan 60% berbanding tahun lalu.
[TERKINI] Nurul Izzah bakal pertahan jawatan naib presiden
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bakal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti, Mei ini.
Dakwaan kerajaan pimpinan GRS, PH gagal tidak berasas - Hajiji
Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Sabah yang kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) gagal adalah suatu yang tidak berasas

Syarikat sarung tangan didenda RM20,000 sebabkan pencemaran air
Syarikat itu didapati bersalah melepaskan efluen perindustrian melebihi had ke dalam dalam longkang awam, tahun lepas.

Air warna putih dikesan di Sungai Langat, premis kilang diarah henti pelepasan efluen
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengarahkan sebuah premis kilang untuk segera menghentikan pelepasan efluen yang berpotensi mencemarkan aliran air sungai.

EMIR Research cadang dua strategi radikal tangani pencemaran sungai di Selangor
Pencemaran masih berlaku, seolah-olah hukuman berat tidak menghadirkan gerun kepada mereka yang gemar melakukan pencemaran.

Efluen bocor cemari alur air, kilang sawit didenda RM70,000
Insiden pencemaran sungai berkenaan berpunca dari kebocoran tebing pada kolam takungan efluen industri di kilang sawit tersebut.

Kilang proses ayam sejuk beku didenda RM35,000 kerana cemar alam sekitar
Kilang tersebut gagal mematuhi had piawai yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

Pengkuatkuasaan perlu diperketat untuk kekang aktiviti pelupusan sisa kimia haram - CICM
Harus ada pendekatan lebih terselaras antara pihak berkuasa yang berkaitan di peringkat persekutuan dan negeri dalam usaha melindungi sumber darat, air serta udara.

Krisis pencemaran Sungai Selangor, rakyat berhak tahu - Meenakshi
Terputusnya bekalan air berulang kembali berpunca daripada pembuangan haram sisa kumbahan yang menjejaskan kehidupan berjuta rakyat.

IWK terus komited sedia perkhidmatan cekap dalam apa jua krisis
Ia seterusnya menjamin kesihatan awam dan pastinya akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara.