Penyandang kerusi Parlimen Kota Tinggi Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Selain menganggap kerjanya sudah selesai beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata tiba masanya untuk mengundur diri dan memberi laluan kepada muka baharu.
Syed Hamid dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan itu telah lama dibuat tetapi tidak diumumkan.
Katanya, beliau mahu memastikan semua perkara dalam keadaan teratur sebelum membuat sebarang pengumuman.
Syed Hamid berkata beliau amat bersyukur kerana dapat berkhidmat di bawah tiga perdana menteri serta menjadi anggota Parlimen selama lima penggal.
Beliau juga berterima kasih terhadap sokongan yang diberikan masyarakat terutama pengundi di kawasannya.
Harapannya ialah pengundi di Kota Tinggi akan memberi sokongan padu kepada siapa jua calon yang dipilih pucuk pimpinan Barisan Nasional.
Pada PRU 2008 Syed Hamid menewaskan Onn Jaafar daripada Pas dengan majoriti 18,961 undi.
Astro Awani
Fri Apr 12 2013
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Tiga ahli GISB didakwa eksploitasi manusia, amang seksual
Tiga ahli yang mempunyai kaitan dengan GISB dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas pertuduhan ekspolitasi dan amang seksual fizikal.
Dua maut kemalangan empat kenderaan di Kota Tinggi
Menurut polis, MPV yang hilang kawalan telah melanggar motosikal sebelum penunggang dan penumpang belakang Xpander tercampak ke bahu jalan.
Mangsa kedua hilang di Pantai Batu Layar ditemukan lemas
Seorang lagi lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Batu Layar di Kota Tinggi semalam, ditemukan lemas pagi tadi.
Pekerja kilang didakwa miliki bahan berkaitan kumpulan Daesh
Seorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas dua pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.
Gelap mata untung lumayan, warga emas rugi RM412,500
Lelaki warga emas itu melakukan beberapa transaksi berjumlah RM412,500 kepada empat akaun berbeza baru-baru ini bagi menerima pulangan dan keuntungan berkenaan.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Pengawal keselamatan maut nahas tiga kenderaan
Kejadian pada jam 9.30 malam itu melibatkan motosikal jenis Honda dengan kereta Proton Saga FL dan Narza Forte.
Tunku Mahkota Ismail berangkat ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang, Kota Tinggi hari ini.
Banjir: Lima hari tenggelam, bandar Kota Tinggi kembali ‘hidup’
Selepas lima hari tenggelam, pusat bandar Kota Tinggi kembali hidup pada Sabtu dengan operasi perniagaan mula kembali rancak.
Situasi banjir di Kota Tinggi makin pulih, masuk fasa pascabanjir
Sukarelawan dan NGO berminat perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pusat kawalan operasi banjir di Dewan Jubli Intan untuk tujuan penyelarasan.