KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan memberi keterangan dalam prosiding hari pertama bela diri di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.
Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu akan memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pertama bagi menjawab empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA), yang dikenakan terhadapnya.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, pasukan pendakwaan telah menerima pernyataan saksi pemimpin Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu pada Sabtu lalu.
“Kami sudah bersedia dan setakat ini pihak pembelaan hanya menyerahkan satu pernyataan saksi iaitu kenyataan daripada Syed Saddiq,” katanya.
Selepas membaca dokumen itu, Syed Saddiq, 31, akan disoal oleh peguamnya dalam pemeriksaan utama disusuli pemeriksaan balas oleh pasukan pendakwaan.
Mengikut pertuduhan, beliau didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada Bersatu yang diamanahkan dana Armada berjumlah RM1 juta, telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.
Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram, jika sabit kesalahan.
Pada 28 Oktober tahun lalu, Sinar Harian melaporkan, Syed Saddiq diperintahkan untuk membela diri atas empat pertuduhan tersebut.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan perkara berkenaan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pemimpin berkenaan.
Setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak, mahkamah kemudiannya menetapkan 22 hingga 24 Februari; 13 dan 14 Mac serta 10 hingga 14 April ini untuk perbicaraan bela diri.
Sebelum ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Mohd ‘Afif Ali, Muhammad Asraf Mohamed Tahir, Noor Syafina Mohd Radzuan dan Mohd Shahrom Idris.
Pembelaan bagi pihak Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, diwakili peguam Gobind Singh Deo, Datuk S Ambiga, Haijan Omar dan Lim Wei Jeit.
Ketika prosiding terdahulu, Gobind memberitahu mahkamah bahawa, pembelaan mungkin memanggil 15 saksi termasuk Syed Saddiq untuk memberi keterangan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 22 2023

Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Penolong Bendahari Armada Bersatu yang melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana Armada berjumlah RM1 juta. - Gambar fail

Tuntutan Sulu: Kerajaan ambil segala tindakan pertahan kedaulatan negara - Azalina
Kerajaan mempunyai asas untuk mempercayai bahawa tuntutan itu bermotifkan kewangan, yang dibiayai oleh pembiaya litigasi yang tidak berpangkalan di Asia.

UN-Habitat: Puteri Arab Saudi sangkal dakwaan dana punca krisis dunia tidak dapat diselesaikan
Setiausaha Agung di Alwaleed Philanthropies ini turut mengingatkan bahawa krisis-krisis yang berlaku di seluruh dunia pada hari ini bukanlah perkara yang baharu.

Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 8-14 Jun
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh 8 hingga 14 Jun ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Anggota tentera dibelasah rakan setugas menang saman RM48,574
Seorang anggota tentera berpangkat koperal menang saman RM48,574 terhadap rakan setugasnya berkait kes pukul ketika bertugas di Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Desa Pahlawan.

APG 2023: Zy raih emas namun belum puas
Perenang muda Lee Kher Zy belum berpuas hati dengan prestasi semasanya walaupun berjaya memenangi pingat emas menerusi acara 200 meter rampaian individu lelaki.

HETR dijangka sumbang RM61 bilion KDNK negara - PM Anwar
Insiatiaf itu juga antara lain bakal mewujudkan sebanyak 45,000 peluang pekerjaan.

1MDB, anak syarikat dapat kebenaran teruskan saman terhadap rakan sekutu Jho Low
1MDB dan empat anak syarikatnya memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk meneruskan saman berjumlah AS$2.795 terhadap Eric Tan Kim Loong.

Kadar pengangguran belia turun satu peratus pada suku pertama 2023
Kadar pengangguran golongan belia turun satu peratus kepada 10.1 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding 11.1 peratus pada suku pertama tahun sebelumnya.

DUN Negeri Sembilan dibubar hujung Jun ini - MB
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka akan dibubarkan pada 30 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Shuib, Watie nikah 23 Jun tanpa majlis resepsi, syukur dapat tajaan RM1.7 juta
Untuk majlis pada 23 Jun nanti, akan ada majlis khatam Al-Quran, berinai dan majlis akad nikah.

Syed Saddiq kemuka tiga cadangan pastikan graduan baharu dapat gaji bermaruah
Ia antaranya menginstitusikan Akta Latihan Amali Berbayar yang baharu dengan pelaksanaan diwajibkan kepada sektor kerajaan dan swasta.

Syed Saddiq tak menyesal mansuh PLKN
Beliau turut mendakwa, program berkenaan hanya digunakan sebagai alat politik dan bersifat etnosentrik.

Syed Saddiq dapat pelepasan sementara pasport ke Switzerland, Korea Selatan
Mahkamah membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar bagi membolehkan beliau menghadiri persidangan di SwitzerlaSyed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mendapatkan sementara pasport nd dan Korea Selatan.

Keputusan kes Syed Saddiq diputuskan kemudian
Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian selepas pihak pembelaan dan pendakwaan selesai berhujah di akhir kes pembelaan pada Selasa.

KPT tidak halang mana-mana pihak masuk IPTA adakan program
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak menghalang mana-mana pihak termasuk ahli politik daripada memasuki dan mengadakan program di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), di negara ini.

UiTM sepakat adakan dialog selepas Ramadan - Syed Saddiq
Syed Saddiq akur arahan UiTM Shah Alam untuk tidak mengadakan Program Jelajah Mansuh AUKU 1971 dan Dialog Intern Bukan Buruh Percuma pada Khamis.

Intern Bukan Buruh Paksa: Syed Saddiq tetap akan hadir ke UiTM malam ini
Meskipun UiTM menolak permohonan beliau untuk menyertai dialog itu namun beliau akan tetap ke sana, berdialog dengan mahasiswa berhubung pelbagai isu.

Pelepasan cukai SSPN: Syed Saddiq desak kerajaan pertimbang semula keputusan
Simpanan SSPN adalah untuk pendidikan anak-anak, bukan untuk membeli barangan mewah dan kerana itu, beliau berpendapat pelepasan cukai harus dikekalkan.

MRSM berbayar: Syed Saddiq kemuka tiga persoalan
Beliau mempersoalkan keperluan MRSM berbayar sedangkan terdapat lebih 180 sekolah swasta dan antarabangsa di Malaysia.

Syed Saddiq tak setuju larang umat Islam lawat rumah ibadah lain
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak bersetuju dengan peraturan ditetapkan kerajaan Selangor berhubung isu melarang sebarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadat agama lain.