awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Syed Saddiq okay, Melayu lain tidak okay" - Dr Mahathir

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2023
22:45 MYT
"Syed Saddiq okay, Melayu lain tidak okay" - Dr Mahathir
Idea kepelbagaian kaum yang dicetus Syed Saddiq boleh menghakis identiti bangsa Melayu, tegas Tun Dr Mahathir.
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menolak idea negara kepelbagaian kaum seperti yang dicetuskan oleh Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, idea yang dikemukakan Ahli Parlimen Muar itu boleh menghakis identiti bangsa Melayu itu sendiri.
Kata beliau, cadangan itu juga hanya ‘okay’ untuk Syed Saddiq sahaja dan bukannya orang Melayu lain.
"Sementara Sultan Kedah pun memperingati kita supaya jangan lupa sejarah, Syed Saddiq suruh kita hapuskan sejarah bangsa dan agama kita.
"Dengan itu dengan definisi Melayu sebagai orang yang bertutur kata dalam bahasa Melayu, mengamal adat istiadat Melayu dan agama Islam seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, maka kita semua tidak lagi jadi orang Melayu.
"Itulah kesan apabila negara ini diiktiraf sebagai negara multiracial (pelbagai kaum). Syed Saddiq okay. Melayu lain tidak okay," katanya dalam hantaran di Facebook peribadi beliau pada Rabu.
Kenyataan itu sebagai mengulas reaksi Syed Saddiq sebelum ini pernah membidas apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir yang berkata, mempromosikan negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menekankan prinsip 'kemelayuan Malaysia'.
Bahkan, Dr Mahathir turut mengingatkan tidak pernah terjadi dalam sejarah kaum imigran menuntut negara supaya memberikan hak kerakyatan kepada mereka untuk membuang status quo.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Malaysia negara pelbagai kaum
#identiti bangsa Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan