SHAH ALAM: Pembentukan satu jawatankuasa kabinet atau jawatankuasa khusus perlu dipertimbangkan untuk meneliti proses menambah baik keseluruhan aset pertahanan negara.
Penasihat Kebajikan Keluarga Bekas Polis dan Tentera (POLTERA), Datuk Seri Erwan Mohd Tahir berkata, meskipun rakyat dimaklumkan tentang pelbagai perolehan aset terbaru yang dibeli, namun adakah pembelian tersebut berupaya menggantikan keseluruhan aset dan persenjataan negara yang sedia ada.
Beliau yang juga Ahli Majlis Eksekutif, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berkata, Malaysia sememangnya ada membuat pembelian melibatkan beberapa aset pertahanan seperti kapal selam, kapal tentera laut, helikopter tempur dan persenjataan lain.
Meskipun begitu, katanya, pembelian tersebut masih tidak berupaya menggantikan aset sedia ada yang mana kebanyakan aset keseluruhan pertahanan negara termasuk di darat, laut dan udara boleh dikategorikan sebagai 'usang'.
Menurutnya, ketika Malaysia berusaha memantapkan sistem pertahanannya, timbul pula isu ketirisan melibatkan proses pembelian aset dan antara isu paling hangat diperkatakan membabitkan kapal tempur pesisir (LCS).
“Isu seumpama ini bukan sahaja mengakibatkan imej Malaysia terjejas dari sudut pentadbiran, tetapi secara umumnya menyebabkan negara-negara jiran memandang remeh terhadap kesiap siagaan aset-aset pertahanan negara.
“Untuk itu, saya berpendapat bahawa satu jawatankuasa kabinet atau jawatankuasa khusus perlu diwujudkan bagi meneliti usaha penambah baik seluruh aset pertahanan.
“Ini mencakupi semua agensi penguatkuasaan dan keselamatan iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan agensi-agensi lain," katanya kepada Sinar Harian.
Erwan memberitahu, suatu yang pelik di Malaysia apabila 'orang awam' diberi kelayakan penuh dalam menguruskan proses perolehan sistem atau aset pertahanan negara.
Ini kerana, katanya, Menteri Pertahanan serta menteri lain yang terlibat dalam mentadbir kementerian bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan dan keselamatan negara adalah daripada kalangan orang awam.
Malah, menurutnya, Ketua-Ketua Setiausaha juga adalah daripada kalangan penjawat awam termasuk yang terlibat dalam meluluskan spesifikasi dan bajet perolehan.
“Bagaimana seluruh permintaan perolehan oleh end-user iaitu agensi-agensi pertahanan dan keselamatan diteliti malah diluluskan oleh orang awam?
“Kadang kala kita sebagai rakyat marhaen masih boleh melihat senjata-senjata api yang agak usang di tubuh seragam anggota polis yang bertugas,” ujar beliau. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 28 2023
Perolehan aset-aset keselamatan dan pertahanan negara perlu bersih dari amalan rasuah dan salah guna kuasa. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Erwan)
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Syor tubuh jawatankuasa kabinet
Ketika Malaysia berusaha memantapkan sistem pertahanannya, timbul pula isu ketirisan melibatkan proses pembelian aset.
120 ahli Bersatu Putrajaya keluar parti, kembali sertai UMNO
120 Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Putrajaya mengumumkan keluar daripada parti itu dan kembali menyertai UMNO.
Bekas Ketua Bersatu Putrajaya kembali sertai UMNO, zahir sokongan kepada Ismail Sabri
Erwan berkata, ia merupakan masa yang tepat untuk kembali ke pangkuan UMNO, selepas parti itu berjaya menyelesaikan polemik politik sebelum ini.
Pengalaman luas bantu Muhyiddin tadbir negara dengan baik
Rekod dan prestasi baik yang ditonjolkan Muhyiddin sebelum ini tidak dapat diragukan.