MERSING: "Saya lega ayah segera ditemui, biarpun sudah tidak bernyawa, kami sekeluarga reda."
Demikian luahan Zul Husni Zahari, 39 tahun, anak sulung kepada Zahari Zakaria, 62 tahun, juruukur di Pelabuhan Johor, yang hilang selepas bertolak dari rumahnya di Kemaman, Terengganu untuk kembali bekerja di Pasir Gudang, pada Ahad.
Jelas Zul Husni, ayahnya bertolak sekitar pukul 10.30 malam pada Ahad, selepas menghantar ibunya pulang ke Kemaman.
Menurutnya, ayahnya memaklumkan mahu pulang ke Pasir Gudang kerana ada urusan kerja yang belum diselesaikan lagi.
"Ahad lebih kurang jam 10.30 malam ayah bergerak dari rumah. Sepatutnya ayah dijangka tiba di tempat kerja pada keesokan paginya.
"Ibu ada menghubungi ayah pada waktu Subuh (Isnin) tetapi tidak dapat dihubungi. Saya hubungi tempat kerja ayah, memaklumkan ayah tiada.
"Saya jadi risau dan membuat laporan polis sebelum menularkan kehilangan ayah di media sosial.
"Kami semua menetap di Kemaman. Hanya ayah sahaja yang berulang dari Pasir Gudang-Kemaman, kerana bertugas," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
BACA: Kereta dipandu lelaki yang hilang terbabas dalam gaung
Jelas Zul Husni, ayahnya sudah lebih 20 tahun melalui jalan sama setiap kali bertugas, dari Kemaman ke Johor Bahru, menggunakan laluan Kuantan-Pekan-Rompin-Mersing-Kota Tinggi-Pasir Gudang.
Selepas membuat laporan polis, katanya, pihaknya ada menghubungi beberapa balai polis untuk bertanyakan tentang kemalangan di sepanjang jalan terbabit.
"Cukup 24 jam, saya buat laporan polis berhubung kehilangan ayah dan ada menghubungi balai polis bertanyakan sama ada terdapat kemalangan di sepanjang laluan perjalanan ayah.
"Namun, semalam tiada berita, dan dapat tahu ada kemalangan ini, pagi ini," katanya, sambil menjelaskan, ayahnya sepatutnya sudah bersara tetapi ditawarkan kerja secara kontrak sejak tahun lalu.
Sejak pagi tadi, tular di media sosial kehilangan Zahari yang menaiki kereta Produa Myvi berwarna biru, ketika dalam perjalanan dari Kemaman ke Pasir Gudang, pada Ahad malam.
Siti Nur Aqilla Omar
Tue Aug 09 2022
Zahari, juruukur di Pelabuhan Johor dilaporkan hilang selepas bertolak dari rumahnya di Kemaman, untuk kembali bekerja di Pasir Gudang, pada Ahad.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Belanjawanku 2024/2025: Panduan perbelanjaan bulanan rakyat, anggaran baharu
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, panduan ini mampu membantu rakyat Malaysia menghadapi cabaran dalam menguruskan perbelanjaan isi rumah, sementara KWSP menyediakan landasan untuk membina simpanan persaraan yang mencukupi.
Tiga termasuk seorang wanita hamil maut, kereta terbabas
Tiga termasuk seorang wanita hamil maut selepas kereta dinaiki terbabas berhampiran IOI Putrajaya.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
1 maut, 7 cedera van terbabas rempuh pokok
Ketika kejadian keadaan lokasi kejadian gelap dan kurang pencahayaan lampu jalan ditambah hujan lebat dan permukaan jalan basah.
Dua beranak maut kereta terbabas elak kera melintas
Kedua-dua mangsa telah tercampak keluar daripada kenderaan dan mengalami cedera parah di bahagian kepala dan badan.
Anggota APM maut, motosikal terbabas langgar tiang lampu
Semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan dari Slim River ke rumahnya di Felda Trolak Timur.
Individu rentung kereta terbabas, terbakar dalam parit
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang terbabas ke dalam sebuah parit menyebabkan ia terbakar 98 peratus.
Pelajar 17 tahun maut, motosikal terbabas awal pagi
Pelajar berusia 17 tahun itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.
Dua beranak maut motosikal terbabas langgar tiang lampu
Mangsa bersama anak lelakinya meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang mereka terbabas.
Pemandu tersepit, kereta terbabas masuk parit
Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut.
Penunggang motosikal lawan arus maut terbabas di Ipoh
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.