awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabib perubatan jarak jauh dicekup khalwat dengan pembantu

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
29/06/2022
02:50 MYT
Tabib perubatan jarak jauh dicekup khalwat dengan pembantu
Seorang lelaki warga emas yang juga pengasas gerakan perubatan Islam jarak jauh dicekup JAIM selepas disyaki berkhalwat dengan pembantu wanita di sebuah rumah Selasa malam. -Foto Sinar Harian
MASJID TANAH: Seorang lelaki warga emas yang juga pengasas gerakan perubatan Islam jarak jauh, dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat dengan seorang wanita yang juga pembantunya di sebuah rumah, di sini, Selasa malam.
Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, tangkapan terhadap pasangan berkenaan dibuat selepas menerima maklumat daripada orang awam.
Beliau berkata, serbuan yang dilakukan kira-kira jam 11 malam di rumah sewa wanita yang juga seorang janda itu mendapati, pasangan berkenaan sudah lama bersekedudukan tanpa hubungan yang sah di sisi undang-undang.
Katanya, pasangan kekasih itu mendakwa telah mendirikan rumah tangga selepas bernikah di negara jiran 12 tahun lalu, namun mereka gagal mempamerkan sebarang dokumen kepada pihak berkuasa.
Malah, suspek lelaki yang terkenal sebagai ‘tabib’ perubatan Islam jarak jauh itu juga sedang dalam pemerhatian pihak berkuasa selepas dikesan melakukan kaedah perubatan yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Kaedah perubatan yang berpangkalan di Masjid Tanah dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai itu juga dipercayai aktif sejak lebih dua tahun lalu, selain turut dikesan menggunakan platform YouTube bagi tujuan promosi.
"Saya difahamkan sedang dipantau JAIM dan kita sedang menunggu keputusan terakhir oleh pihak jawatankuasa fatwa," katanya.
Mengulas lanjut, Che Sukri berkata pihaknya sedang menyiasat kaedah rawatan perubatan Islam jarak jauh yang diamalkan oleh pasangan berkenaan sama ada dibenarkan dari sisi agama atau sebaliknya.
"Jika jawatankuasa fatwa mengesahkan bahawa kaedah perawatan berkenaan bertentangan dengan ajaran Islam, maka jawatankuasa fatwa berhak menghalang kepada semua agar tidak mendekati perawatan tersebut," kata Che Sukri lagi.
Pasangan berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu bersekediaman atau berkurung (khalwat) yang mendatangkan syak melakukan maksiat.
Topic Berkaitan
#pusat perubatan Islam jarak jauh
#Jabatan Agama Islam Melaka
#Che Sukri Che Mat
#tangkap khalwat dengan pembantu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan