awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabung Agromakanan: Peruntukan RM100 juta bantu lonjak jaminan keselamatan makanan - PM

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
02/07/2022
09:59 MYT
Tabung Agromakanan: Peruntukan RM100 juta bantu lonjak jaminan keselamatan makanan - PM
Ismail Sabri berkata, kerana sektor koperasi memainkan peranan penting dalam melonjakkan jaminan keselamatan makanan negara. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju peruntukan RM100 juta Tabung Agromakanan yang dikawal selia Bank Negara disalurkan kepada koperasi dalam usaha meningkatkan tahap sekuriti makanan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana sektor koperasi memainkan peranan penting dalam melonjakkan jaminan keselamatan makanan, khususnya bekalan ayam.
"Sejumlah RM100 juta peruntukan di bawah Tabung Agromakanan akan diletakkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (KPM) bagi membantu mengembangkan industri agromakanan, khususnya penternakan ayam.
"Kerajaan berharap langkah ini akan membantu koperasi meningkatkan pengeluaran makanan dan mengurangkan masalah kenaikan harga barang," katanya dalam ucapan pelancaran Bulan Koperasi Kebangsaan di ibu negara, pada Sabtu.
Katanya, antara bentuk bantuan lain yang diberikan kepada koperasi termasuk memudah cara pemberian kuota pekerja asing dalam sektor perladangan.
Selain itu, peruntukan khas RM10 juta disediakan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membiayai penganjuran aktiviti kolaborasi strategik dengan persatuan dan badan bukan kerajaan, khusus bagi membantu usahawan koperasi yang terjejas akibat banjir dan kenaikan harga barang.
Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan kerajaan pada dasarnya telah bersetuju dengan penubuhan Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad (BR2.0).
"Penubuhan BR2.0 merupakan alternatif terutama bagi golongan B40 dan M40 untuk melabur dan memiliki syer dalam koperasi seperti di Bank Rakyat dengan jangkaan pulangan yang baik.
"Ia juga dijangka dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam membantu membangunkan sektor koperasi serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara," jelasnya.
Bulan Koperasi Kebangsaan disambut pada Julai setiap tahun, dengan Sabtu minggu ketiga bulan Julai merupakan Hari Koperasi Negara.
Turut dilancarkan hari ini ialah setem korporat dan syiling khas sempena sambutan 100 tahun koperasi di Malaysia.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Suruhanjaya Koperasi Malaysia
#Keselamatan makanan
#tabung agromakanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan