awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah perkuburan Islam baharu keperluan mendesak di Gombak - Amirudin
Sanusi minta hidupkan kembali semangat Muafakat Nasional menjelang PRU16
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabung Musa'adah: RM140,000 disalurkan di Sandakan

Bernama
Bernama
20/09/2020
16:08 MYT
Tabung Musa'adah: RM140,000 disalurkan di Sandakan
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sumbangan itu akan disalurkan bermula hari ini sehingga esok. - Gambar fail/BERNAMA
Sebanyak RM140,000 daripada Tabung Musa'adah COVID-19 akan disalurkan kepada golongan yang terjejas akibat pandemik itu di Sandakan, Sabah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sumbangan itu akan disalurkan bermula hari ini sehingga esok melibatkan golongan seperti B40, asnaf, nelayan dan golongan lain yang memerlukan tanpa mengira agama.
"Kita tidak tertumpu kepada yang di Semenanjung sahaja. Kita juga telah pergi ke Sibu (Sarawak) dan hari ini di Sandakan pula.
"Kita akan melawat beberapa tempat di sini untuk menyampaikan bantuan dengan kerjasama pelbagai pihak atas keprihatinan kita terhadap golongan yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) peringkat Sandakan hari ini.
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan Musa'adah kepada golongan asnaf dan mualaf seramai 100 orang di Anjung Pendidikan Mualaf di sini.
Katanya golongan nelayan di Kampung Nunuyan Laut dekat sini akan turut menerima bantuan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#asnaf
#B40
#COVID-19
#Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#nelayan
#pandemik
#Sabah
#Sandakan
#Sibu
#Tabung Musa'adah COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan