awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah perkuburan Islam baharu keperluan mendesak di Gombak - Amirudin

Sinar Harian
Sinar Harian
28/12/2025
12:30 MYT
Tanah perkuburan Islam baharu keperluan mendesak di Gombak - Amirudin
Amirudin (tengah) melakukan tinjauan tapak cadangan pembangunan tanah perkuburan Islam baharu di Kampung Sungai Kertas, Mukim Batu. - Gambar Sinar Harian
GOMBAK: Pembangunan tanah perkuburan Islam baharu di Kampung Sungai Kertas, Mukim Batu di sini merupakan satu keperluan mendesak berikutan kapasiti tanah perkuburan sedia ada di kawasan Gombak semakin terhad dan hampir penuh.

Ringkasan AI
  • Pembangunan tanah perkuburan Islam baharu di Kampung Sungai Kertas, Mukim Batu, Gombak diperlukan kerana tanah perkuburan sedia ada hampir penuh.
  • Projek berkonsepkan Kubur Dalam Taman atau Raudhatul Sakinah akan menyediakan 6,623 plot kubur, memuatkan keperluan jangka panjang penduduk setempat.
  • Fasa pertama projek ini yang melibatkan 812 lot kubur dijangka siap pada Mei tahun depan, bertujuan menyelesaikan kekurangan tapak perkuburan di kawasan Gombak.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek yang akan dibangunkan berkonsepkan Kubur Dalam Taman atau Raudhatul Sakinah itu bertujuan menyediakan kemudahan perkuburan yang lebih teratur, beradab dan selesa untuk penduduk setempat.
Menurutnya, pembangunan tersebut secara keseluruhan melibatkan penyediaan sebanyak 6,623 plot kubur, merangkumi 5,653 lot dewasa dan 868 lot kanak-kanak, sekali gus mampu menampung keperluan jangka panjang penduduk di Gombak dan kawasan sekitarnya.
“Bagi Fasa 1A, sebanyak 812 lot kubur akan disediakan, membabitkan 735 lot dewasa dan 76 lot kanak-kanak sebagai langkah awal menangani kekangan kapasiti tanah perkuburan sedia ada,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.
Amirudin berkata, pembangunan fasa pertama projek itu dijangka siap sepenuhnya pada Mei tahun hadapan selari dengan pertambahan penduduk yang semakin meningkat di kawasan Gombak.
“Kerajaan negeri berharap projek itu bukan sahaja dapat menyelesaikan isu kekurangan tapak perkuburan, malah menyediakan persekitaran yang lebih terancang dan kondusif untuk kemudahan umat Islam di Selangor,” tambah beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tanah perkuburan
#fasa pertama
#penduduk setempat
#jangka panjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan