SLIM RIVER: Seorang pesakit yang ditempatkan di sebuah wad pengasingan di Hospital Slim River di sini, melecur apabila tabung oksigen di wad berkenaan terbakar Selasa malam.
Lelaki berusia dalam lingkungan 48 tahun itu melecur hampir 10 peratus pada bahagian tangan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pasukan itu menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.42 malam.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati terdapat kesan kebakaran di dalam wad pengasingan berkenaan.
“Kebakaran melibatkan tabung oksigen dan telah dipadamkan oleh kakitangan hospital menggunakan alat pemadam api sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu, kemusnahan di wad berkenaan dianggarkan sekitar lima peratus dan bomba membuat penilaian bagi memastikan tiada lagi unsur bahaya, sebelum meninggalkan lokasi.
Operasi yang diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fazrul Azuan Norman itu tamat jam 8.55 malam.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Aug 10 2021
Kemusnahan di wad berkenaan dianggarkan sekitar lima peratus dan bomba membuat penilaian bagi memastikan tiada lagi unsur bahaya, sebelum meninggalkan lokasi. - Gambar/ JBPM
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DNB nafi dakwaan tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman
Digital Nasional Bhd (DNB) dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Adakah ia akan mencetuskan perang lebih besar & dahsyat di Asia Barat?
Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang
Tabung oksigen Hospital Slim River terbakar, pesakit melecur pada tangan
Seorang pesakit yang ditempatkan di sebuah wad pengasingan di Hospital Slim River di sini, melecur apabila tabung oksigen di wad berkenaan terbakar Selasa malam.
Ibu bayi 'Hussein' masih lagi gagal dikesan
Wanita berkenaan gagal dikesan selepas dibenarkan keluar sebentar dari Hospital berkenaan untuk ke pekan Slim River pada 29 April.
'Ya Allah, tolong ...!'
Rabaiah Yunus, 58 tahun, jiran kepada sepasang suami isteri yang maut bersama bayi mereka dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Alah Batu, Ulu Bernam pagi tadi.