awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabung Wakaf MARA MADANI kumpul RM21.1 juta setakat 13 Nov

Bernama
Bernama
19/11/2024
15:31 MYT
Tabung Wakaf MARA MADANI kumpul RM21.1 juta setakat 13 Nov
Rubiah pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Status terkini Tabung Wakaf Majlis Amanah Rakyat (MARA) MADANI menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah dana terkumpul sebanyak RM21.1 juta setakat 13 Nov lepas.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata pengagihan dana wakaf itu dijangka akan dilaksanakan tahun depan dengan skop agihan dan manfaat melibatkan enam kategori iaitu pendidikan, keusahawanan, kebajikan, kesihatan, pengangkutan dan aset wakaf.
"Pada 2025, inisiatif Wakaf MARA MADANI ini dijangka akan memberi manfaat kepada 100 orang bagi kategori pendidikan, keusahawanan, kebajikan dan kesihatan.
"Dengan sokongan ini, Wakaf MARA MADANI diharap dapat memberi manfaat lebih besar kepada komuniti Bumiputera melalui pendidikan berkualiti dan peluang ekonomi," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2024 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Dewan Rakyat hari ini.
Rubiah berkata tarikh kelulusan MARA sebagai mutawalli iaitu pentadbir bagi Tabung Wakaf MARA MADANI oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) adalah pada 21 Ogos lepas.
Pada Mac lepas, kerajaan bersetuju untuk mewujudkan Tabung Wakaf MARA MADANI dengan sasaran dana berjumlah RM1 bilion dalam tempoh dua tahun bagi memperkasakan agenda Bumiputera.
Sementara itu, Rubiah berkata sebanyak tujuh pembida berminat untuk membeli bangunan projek komersial pembangunan bercampur di FELCRA, Semarak 20.
Beliau berkata dua syarikat sudah memberi jumlah bidaan setakat ini, namun kesemuanya masih dalam proses dan penilaian jawatankuasa dalaman syarikat.
"Kerajaan membuat keputusan menjual sepenuhnya aset berkenaan bagi memastikan pengurusan pentadbiran dan pembangunan keseluruhan FELCRA dapat diatur," katanya.
Sebelum ini Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengarahkan KKDW dan FELCRA melaporkan kepada PAC setiap tiga bulan berhubung status pembayaran hutang bagi projek Semarak 20.
Ini menjadi antara lima syor dikemukakan kepada kerajaan untuk memantau isu hutang ditanggung FELCRA Berhad serta anak syarikatnya.
Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM11,959,856,200 yang diperuntukkan kepada KKDW dalam Belanjawan 2025 dengan lebih suara menyokong selepas dibahas 25 Ahli Parlimen.
-- BERNAMA
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2025
#Tabung Wakaf MARA MADANI
#Rubiah Wang
#dana terkumpul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan