awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
Bayaran saham KPF tertunggak: Anggota desak penyelesaian segera, ancam piket besar-besaran
Nasry Asfura menang Pilihan Raya Presiden Honduras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tadika Bitara jadi prasekolah pertama Malaysia diiktiraf UNESCO

Bernama
Bernama
23/09/2025
14:45 MYT
Tadika Bitara jadi prasekolah pertama Malaysia diiktiraf UNESCO
Dr Md Amin berkata pengiktirafan berkenaan disahkan menerusi penyerahan sijil rasmi oleh UNESCO pada 11 Ogos lepas. - Gambar UPSI
IPOH: Tadika Bitara di bawah seliaan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencipta sejarah apabila menjadi prasekolah pertama di Malaysia menerima pengiktirafan Rangkaian Sekolah Bersekutu (ASPnet) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata pengiktirafan berkenaan disahkan menerusi penyerahan sijil rasmi oleh UNESCO pada 11 Ogos lepas.
"Tarikh ini menjadi detik bersejarah kepada dunia pendidikan negara kerana ia membuktikan Tadika Bitara konsisten melaksanakan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti, inklusif dan berpaksikan nilai sejagat.
"Tadika Bitara turut menjadi perintis dalam pelaksanaan Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (ESD), iaitu pendidikan berteraskan kelestarian yang mendidik kanak-kanak mengenai tanggungjawab menjaga alam sekitar, amalan lestari dan kesedaran global sejak usia awal," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ASPnet yang ditubuhkan pada 1953 kini merangkumi lebih 11,500 institusi pendidikan dari 182 negara di seluruh dunia, sekali gus menjadi platform kolaboratif terbesar UNESCO untuk memperkukuh pendidikan nilai sejagat.
"Kanak-kanak di tadika ini turut dilatih mengamalkan gaya hidup lestari melalui aktiviti berkebun, kitar semula, pengurusan sisa, penggunaan tenaga secara berhemah serta penglibatan dalam projek komuniti.
"Pengiktirafan ini meletakkan Tadika Bitara di pentas antarabangsa sebagai model prasekolah berteraskan kelestarian. Ia membuktikan UPSI berada di landasan tepat untuk melahirkan generasi yang berdaya saing, berjiwa global dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap masa depan bumi," katanya.
Md Amin berkata ia juga telah mengiktiraf usaha gigih NCDRC sebagai peneraju dalam penyelidikan, pembangunan dan inovasi pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
Sementara itu, Pengarah NCDRC Prof Madya Dr Mazlina Che Mustafa menyifatkan pencapaian itu sebagai kejayaan kolektif negara serta simbol kebanggaan nasional kerana mengangkat prasekolah tempatan ke peringkat global.
"Pengalaman Tadika Bitara boleh dijadikan rujukan antarabangsa sekali gus mengukuhkan peranan Malaysia dalam rangka kerja UNESCO.
"Pelaksanaan program ESD di tadika ini turut menjadi sebahagian kajian penyelidikan bersama tokoh pendidikan negara yang juga mantan Naib Canselor UPSI Prof Emeritus Datuk Aminah Ayob, bagi menilai kesan sistematik pendekatan kelestarian terhadap perkembangan sahsiah dan kefahaman kanak-kanak mengenai isu global," katanya.
Beliau berkata keahlian ASPnet memberi peluang Tadika Bitara menjalin kerjasama antarabangsa melalui seminar, bengkel, projek bersama serta mengakses sumber pembelajaran eksklusif UNESCO.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Unesco
#gaya hidup lestari
#kerjasama antarabangsa
#institusi pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan