"Sebelum dipenjarakan di sini, saya bersama rakan-rakan 'dipenjarakan' hampir tiga minggu di sebuah banglo tiga tingkat".
Itu cerita seorang daripada 47 rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang kini ditahan pihak berkuasa Kemboja kerana disyaki terbabit dengan aktiviti judi dalam talian secara haram.
Menceritakan bagaimana dia boleh terpedaya hingga ke Kemboja, Lisa, 23, (bukan nama sebenar) berkata dia terpesona dengan tawaran pekerjaan di negara ini yang dibaca dalam iklan di WeChat dan tanpa berfikir panjang wanita yang berasal dari Bintulu, Sarawak itu terus menghubungi nombor yang tertera dalam mesej berkenaan.
"Iklan itu menawarkan kerja di hotel lima bintang dengan bayaran gaji US$1,500 (RM6,000) sebulan selain menyediakan kemudahahan asrama dan pengangkutan. Selain itu 'ejen' turut menyediakan tiket penerbangan percuma ke sini kepada sesiapa yang berminat," katanya kepada Bernama News Channel (Astro 502) sewaktu melawat tahanan itu di penjara pada Rabu.
Beliau berkata keyakinan terhadap tawaran itu semakin membuak-buak kerana ejen terbabit kerap kali berkongsi gambar rakyat Malaysia yang telah tiba ke Kemboja terlebih dahulu dan memberitahu kononnya mereka juga akan bekerja di hotel yang sama.
"Gambar-gambar yang dikongsi sangat meyakinkan saya ketika itu. Pada fikiran saya, kalau mereka boleh pergi kerja ke negara orang kenapa tidak saya...lagi pula tiket penerbangan diberikan percuma," katanya.
Seminggu selepas itu sekitar pertengahan November tahun lepas, Lisa berlepas ke Kuala Lumpur dari Kuching, Sarawak sebelum menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap dan di sana seorang lelaki menunggunya di pintu balai ketibaan lapangan terbang dan membawanya ke banglo tiga tingkat di sebuah daerah di Siem Reap.
"Semasa tiba di banglo itu, terdapat sekitar lapan remaja wanita dan berbelas lelaki di dalam rumah. Mereka tidak kelihatan gusar malahan sedang menikmati makan malam yang disediakan seorang tukang masak wanita.
"Lebih menggembirakan saya pada masa itu ialah kesemua yang berada di situ berasal dari Sarawak dan mendapat tahu mengenai tawaran kerja hotel sama ada di media sosial atau ajakan kawan-kawan sekampung," katanya.
Keadaan mula mencurigakan apabila sepanjang dua minggu di rumah itu, tidak ada sesiapa dibenar ke mana-mana selain tukang masak dan ejen berkenaan yang sering keluar masuk menyebabkan penghuni banglo mula mendesak dan bertanya kepada ejen mengenai pekerjaan yang dijanjikan.
"Kami tak dibenarkan keluar rumah. Pintu juga dikunci dari luar. Bayangkan hampir tiga minggu saya dan yang lain terperap di dalam rumah. Ibarat terperangkap dalam 'penjara kecil'.
"Kami mula rasa bimbang kerana ada yang telah tiba lebih awal tapi masih belum bekerja. Kami desak dengan pelbagai soalan kepada ejen namun dia hanya minta kami bersabar kerana kononnya pihak hotel masih belum siap menyediakan dokumen pekerja asing untuk diberikan kepada mereka," katanya.
Namun, menurut Lisa segalanya berubah pada minggu ketiga setelah kesemua mereka dikejutkan dengan ketukan pintu bertalu-talu dari luar dipercayai pihak polis dan tukang masak yang kebetulan berada di rumah ketika itu meminta mereka turun ke aras bawah banglo serta bersembunyi di dalam satu ruang bawah tanah.
"Hampir tiga minggu saya di banglo berkenaan, itu pertama kali saya dan rakan-rakan menyedari terdapat satu ruang bawah tanah. Kami sangat panik dan hanya mengikut arahan tukang masak tapi pihak berkuasa menemui kami dan kami dibawa ke balai polis," katanya.
Lisa berkata selain serbuan di banglo itu, dia difahamkan pihak berkuasa turut menyerbu sebuah lagi premis yang menempatkan sebahagian lagi rakyat Sarawak yang menerima nasib sama seperti mereka.
Katanya setelah ditangkap pada 11 Dis dan bermalam di lokap, mereka dipindahkan ke Penjara Provinsi Banteay Meanchey.
"Saya menyesal kerana mudah percaya dengan tawaran kerja tidak masuk akal sedangkan di Bintulu walaupun gaji kecil, saya tidak berjauhan dengan keluarga," katanya yang berharap dapat dibebaskan segera.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 14 2019
Mangsa terpesona dengan tawaran pekerjaan di negara ini yang dibaca dalam iklan di aplikasi WeChat.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat'
Dua pendakian berturut-turut yang diperkenalkan pada edisi tahun ini akan diteruskan setelah format itu berjaya meninggalkan impak serta kejutan.
Poole juara keseluruhan LTdL 2024
Pelumba Britain Max Poole muncul Juara Keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 biarpun menamatkan saingan di tempat ke-35 pada peringkat terakhir.
Budak perempuan enam tahun dikhuatiri dibaham buaya ketika mandi sungai di Bintulu
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahum yang sedang mandi sungai bersama ahli keluarga di Kampung Seberang Pasar Lama Tatau, Bintulu.
Malaysia kekal destinasi utama bagi pelaburan PTTEP - BMI
Malaysia akan kekal sebagai destinasi utama bagi pelaburan syarikat minyak nasional Thailand, PTT Exploration and Production (PTTEP), dalam jangka masa pendek dan panjang.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Dua maut dalam letupan di dalam kapal di perairan Bintulu
Dua pekerja kapal maut manakala seorang lagi cedera dalam satu letupan membabitkan sebuah kapal berhampiran pelantar minyak di Bintulu.
Wanita warga asing, kanak-kanak OKU maut dalam kebakaran
Seorang wanita warga Filipina dan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran melibatkan dua rumah teres di Fortune Park, Bintulu.
Polis berkas 15 individu curi kabel TM di Bintulu
Modus operandi kumpulan ini ialah dengan memotong kabel yang terdedah di tepi jalan, kemudian memasuki terowong tempat penyambungan kabel.
Jambatan Bintulu-Jepak lancarkan pergerakan ke pusat bandar
Penduduk Kampung Jepak berkata kesesakan lalu lintas amat ketara terutama pada waktu pagi dan petang.
Rumah Raymond Plen punya sejarah tersendiri, Al-Sultan Abdullah Agong pertama berangkat
Rumah Raymond Plen yang terletak di Sebauh memiliki sejarah tersendiri apabila rumah panjang kaum Iban itu pernah dikunjungi oleh dua Perdana Menteri sebelum ini.