awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahanan lokap berpusat lolos: Enam anggota polis ditahan bantu siasatan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
27/04/2022
12:17 MYT
Tahanan lokap berpusat lolos: Enam anggota polis ditahan bantu siasatan
Susulan insiden lolos tersebut, polis telah melancarkan operasi untuk mengesan seorang suspek yang telah melarikan diri dari lokap berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam semalam. - Foto Astro AWANI
BAYAN BARU: Polis Pulau Pinang menahan enam anggota polis berhubung insiden seorang tahanan lelaki yang meloloskan diri daripada Lokap Berpusat Balai Polis Bayan Baru tengah malam semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd. Zain berkata, enam anggota polis berpangkat Koperal dan Lans Koperal itu kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.
Mohd Shuhaily berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan secara terperinci berhubung kejadian itu dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuai dalam menjalankan tugas.
Beliau berkata, susulan insiden lolos tersebut, polis telah melancarkan operasi untuk mengesan suspek yang telah melarikan diri dari lokap berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam semalam.
Suspek ditahan atas kesalahan dadah pada 20 April lepas dan sedang ditahan serta menunggu keputusan sama ada dikenakan tahanan menurut Akta Dadah Berbahaya Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.
"Saya ingin sahkan ada seorang tahanan narkotik telah lolos pada 26 haribulan, dia baru ditangkap pada 20 haribulan dan sedang menunggu keputusan (siasatan) LLPK dan buat saat ini tindakan saya.
"Kita menyiasat insiden ini sama seperti seksyen yang digunakan dalam kes lolos tahanan Rohingya, iaitu 223, 224. Saya juga telah mengarahkan ketua JSJN tahan enam anggota yang bertugas semasa kejadian meloloskan diri kerana di dalam undang-undang dibenarkan kita untuk menahan untuk mendapat maklum insiden ini dengan lebih lanjut dan kita takkan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuai," katanya.
Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan suspek menghubungi balai polis berdekatan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Op Selamat ke- 18 Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di bazar Ramadan Bayan Baru , Pulau Pinang pada Rabu.
Topic Berkaitan
#tahanan lolos
#anggota polis ditahan
#Lokap Berpusat Balai Polis Bayan Baru
#Ketua Polis Pulau Pinang
#Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan