awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tahanan Rumah': Polis akan ambil keterangan Tun Mahathir

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
27/05/2016
05:37 MYT
'Tahanan Rumah': Polis akan ambil keterangan Tun Mahathir
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis akan mengambil kenyataan Tun Dr Mahathir (gambar) pada masa yang sesuai. - Foto fail
Polis akan mengambil keterangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung dakwaannya yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu telah dikenakan tahanan rumah.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata ketika ini pihak polis sedang melakukan siasatan mengenai dakwaan tersebut.
"Dalam proses siasatan ini sudah semestinya pada masa dan keadaan yang sesuai kita akan mengambil keterangan lanjut daripada Dr Mahathir untuk menjelaskan apakah yang dikatakannya dalam blog itu betul atau tidak.
"Kita akan mengambil kenyatan dan dapat pengesahan daripada Dr Mahathir," tambahnya dalam satu sidang media selepas menghadiri Program Lawatan Hospital Sempena Peringatan Hari Polis Ke-209 Tahun 2016 di Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja'afar, Pusat Perubatan UKM (PPUKM).
Isnin lalu, Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaannya bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu telah dikenakan tahanan rumah.
Beliau berkata dakwaan bekas perdana menteri itu adalah "palsu dan jahat".
Katanya, Dr Mahathir mendakwa tahanan rumah itu bertujuan menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada menerima tandatangan 1.4 juta rakyat yang didakwa beliau (Dr Mahathir) telah dikumpulkan.
Beliau turut menyelar Dr Mahathir berhubung cubaannya melibatkan raja berperlembagaan dalam politik, serta politik partisan untuk kepentingannya.
Topic Berkaitan
#Agong
#Mahathir Mohamad
#Noor Rashid
#Raja-raja Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan