awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahanan wanita mati dalam lokap di Langkawi kerana radang paru-paru

Bernama
Bernama
18/12/2023
15:54 MYT
Tahanan wanita mati dalam lokap di Langkawi kerana radang paru-paru
Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata doktor mengesahkan punca kematian wanita berusia 34 tahun itu adalah disebabkan pneumonia dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Wanita yang dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tahanan reman polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, Kedah, kelmarin, disahkan disebabkan radang paru-paru (pneumonia) dan tiada sebarang kecederaan berunsur jenayah.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata doktor mengesahkan punca kematian wanita berusia 34 tahun itu adalah disebabkan pneumonia dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Menurutnya, proses bedah siasat dan ujian pengesanan COVID-19 terhadap orang kena tahan (OKT) berkenaan dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, semalam.
"Bagaimanapun, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Koroner," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wanita berkenaan sebelum ini direman sejak Selasa lepas di lokap Balai Polis Kuah, IPD Langkawi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1852.
Dia kemudian mengadu tidak sihat pada malam 15 Dis dan dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi serta ditahan di wad untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Namun wanita itu dilaporkan meninggal dunia pada jam 7.30 pagi keesokannya dan mayatnya dibawa ke di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tahanan wanita
#mati dalam lokap
#Langkawi
#radang paru-paru
#JIPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan