Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti di sekolah seluruh negara masih belum mencapai tahap yang membanggakan dan perlu dipertingkatkan, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata mengikut statistik terkini, secara keseluruhannya, terdapat negeri yang tahap penglibatan ibu bapa di sekolah mencecah sehingga 70 peratus dan ada juga yang hanya mencapai 40 peratus.
"Penglibatan ibu bapa dengan aktiviti di sekolah ini bergantung kepada keadaan setempat. Saya tidak boleh sebutkan ikut negeri. Tetapi mengikut pengetahuan saya, ada yang telah mencapai tahap tertinggi dan membanggakan.
"Contohnya, ibu bapa sendiri yang cat tangga dan bilik air sekolah, membaiki peralatan sekolah yang mana semua ini tidak memerlukan khidmat kontraktor.
Malah ada aktiviti yang ibu bapa sendiri anjurkan di sekolah dan guru-guru hanya perlu menyertainya bersama anak murid," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Persidangan Lembaga Pengelola Sekolah-Sekolah Tamil di Insitut Aminuddin Baki, Genting Highlands di sini, semalam.
Mahdzir berkata ibu bapa kini bukan hanya ke sekolah untuk mengambil kad laporan anak-anak, sebaliknya turut terlibat secara aktif dalam kegiatan dianjurkan sekolah.
Jelasnya, kementerian sedar usaha untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan aktiviti di sekolah ini sangat mencabar dan ia diberi penekanan penting seperti yang digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.
Menyentuh mengenai persidangan itu, beliau berkata ia amat penting dalam memberi motivasi, pemahaman dan pelan susur atur berkaitan dengan pengelolaan sekolah-sekolah Tamil di negara ini.
"Ini antara platform untuk berbincang dan melihat tanggungjawab Lembaga Pengelola Sekolah di sekolah masing-masing termasuk pentingnya penglibatan mereka dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan alumni sekolah dalam membangunkan sekolah," tambahnya.
Bernama
Mon Sep 26 2016
Terdapat negeri yang tahap penglibatan ibu bapa di sekolah hanya mencapai 40 peratus.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tahap penglibatan ibu bapa di sekolah perlu dipertingkat - Mahdzir Khalid
Terdapat negeri yang tahap penglibatan ibu bapa di sekolah hanya mencapai 40 peratus.