Jenazah 23 mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung sini hari ini mungkin dikebumikan dalam satu liang lahad sekiranya mendapat persetujuan keluarga.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menguruskan dari awal hingga akhir urusan pengebumian jenazah kesemua mangsa kebakaran pagi tadi.
Jika mendapat persetujuan waris keluarga, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah di Karak, katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kebakaran di pusat tahfiz itu.
Katanya lagi, proses pengebumian akan dilakukan secepat mungkin selepas proses forensik selesai.
Dalam pada itu katanya JAWI dan MAIWP juga akan memberikan kesemua bantuan yang diperlukan kepada mangsa yang terselamat termasuk penempatan sementara mereka.
Asyraf berkatanya seorang kaunselor juga disediakan untuk setiap keluarga bagi memastikan psikologi dan emosi mereka dapat diurus dengan baik akibat trauma kejadian.
Sementara itu beliau merayu keprihatinan dan rasa tanggungjawab rakyat Malaysia supaya tidak terus menularkan gambar mangsa yang terlibat dalam tragedi itu.
"Dengan rasa amanah dan tanggungjawab tolonglah jaga sensitiviti keluarga dan hormati jenazah. Jika berlaku pada keluarga kita sendiri ia pasti meruntun perasaan kita," katanya.
Katanya orang ramai juga diminta berhati-hati dengan sebarang pungutan derma kilat berikutan kejadian kerana dikhuatiri terjebak dengan penipuan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2017
Jika mendapat persetujuan waris keluarga, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah di Karak. -Foto ihsan Bomba
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
PRN Sabah: Pemuda UMNO sambut baik calon Pemuda BN
Pemuda UMNO menyambut baik keputusan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) yang meletakkan 40 peratus calon muda, termasuk wakil Pemuda UMNO Sabah, dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.
Jangan aibkan Najib - Ketua Pemuda UMNO
Jangan aibkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum beliau dibuktikan bersalah, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
'Untuk UMNO bangkit, idealisme perjuangan anak muda perlu diperkasa' - Asyraf Wajdi
Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpendirian untuk UMNO bangkit, idealisme serta semangat perjuangan anak muda perlu diperkasa.
Kerajaan peruntuk RM1.7 juta bina semula rumah terbakar
Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM1.7 juta kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tahun ini untuk membina semula rumah yang terbakar di seluruh negara.
Tahfiz terbakar: Kebumi satu liang lahad jika keluarga setuju
Jenazah 23 mangsa kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung sini hari ini mungkin dikebumikan dalam satu liang lahad sekiranya mendapat persetujuan keluarga.
Institusi pondok perlu berdaftar dengan MAIK - Asyraf Wajdi
Institusi pondok di Kelantan diminta berdaftar dengan MAIK bagi membolehkan pusat pengajian itu mendapat bantuan sewajarnya.
Warga emas usia 70 tahun ke atas dapat lebih banyak peluang tunai haji tahun ini - Asyraf Wajdi
Warga emas yang berumur 70 tahun ke atas dijangka akan mendapat lebih banyak peluang untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.
Maklumat tidak tepat tentang pindaan Akta 355 punca polemik politik - Asyraf
Sesetengah pemimpin politik yang menentang Akta 555 adalah mereka yang enggan menerima fakta sebenar dan lebih suka bercakap tanpa berlandaskan ilmu.
TN50: Dialog kluster agama Islam bakal diadakan untuk rangka agenda Islam - Ahmad Zahid
Sesi Dialog Perdana TN50 bagi kluster agama Islam akan diadakan di seluruh negara bagi merangka agenda Islam menjelang 2050, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.