awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam cecah 39.4 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahun Baharu Cina: 37 tokong sekitar ibu kota diperiksa

Bernama
Bernama
09/02/2024
09:40 MYT
Tahun Baharu Cina: 37 tokong sekitar ibu kota diperiksa
Sebanyak 8,500 biji tanglung menghiasi kawasan Tokong Thean Hou bagi menaikkan semangat masyarakat Cina untuk menyambut Tahun Baharu Cina. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur telah melakukan pemeriksaan terhadap 37 tokong di sekitar ibu kota, sempena Tahun Baharu Cina esok.
Pengarah JBPM Kuala Lumpur Muhammad Salleh Abdul berkata pemeriksaan dijalankan mulai 2 Feb lepas sehingga semalam, sejajar dengan pelancaran program kempen kesedaran keselamatan kebakaran sempena Tahun Baharu Cina.
"Sepanjang pemeriksaan di tokong sekitar Kuala Lumpur, JBPM berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan pihak pengurusan dalam menghadapi situasi kebakaran," katanya dalam sidang media selepas melakukan pemeriksaan di Tokong Thean Hou di sini hari ini.
Selain itu, Muhammad Salleh berkata dalam pemeriksaan berkenaan, pihaknya turut menyerahkan 37 alat pemadam kebakaran selain menjalankan taklimat keselamatan kebakaran kepada pihak pengurusan dan pengunjung.
Beliau berkata kesemua rumah ibadat yang diperiksa mempunyai alat pemadam kebakaran serta sistem salur bantu mula yang sesuai untuk digunakan ketika awal kebakaran, sementara menunggu kehadiran pihak bomba.
Muhammad Salleh berkata pihaknya juga akan menempatkan jentera dan pasukan penyelamat di lokasi tertentu, sebagai persediaan bagi menghadapi kecemasan akibat bunga api malam ini.
"Setakat hari ini hanya Tokong Thean Hou yang telah mendapat permit untuk pertunjukan bunga api pada malam ini dan kita akan tempatkan sebuah jentera dan anggota sebagai persediaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tahun Baharu Cina
#tokong
#Kuala Lumpur
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan