awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan, kebakaran di bar resort ski Crans-Montana dilapor ragut banyak nyawa
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak patuh SOP punca COVID-19 di Kelantan masih tinggi

Bernama
Bernama
05/10/2021
12:32 MYT
Tak patuh SOP punca COVID-19 di Kelantan masih tinggi
Kelantan belum beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana masih merekodkan jangkitan COVID-19 harian melebihi 1,000 kes, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kelantan belum beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana masih merekodkan jangkitan COVID-19 harian melebihi 1,000 kes, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin.
Beliau berkata trend jangkitan COVID-19 pada empat angka itu juga berlaku susulan ketidakpatuhan penduduk negeri ini terhadap prosedur operasi standard (SOP) dalam membendung wabak berkenaan.
"Oleh kerana jangkitan COVID-19 di negeri ini masih lebih 1,000 maka kita lambat sikit nak pergi (beralih) ke Fasa Tiga... kita dah capai dua nilai ambang, cuma indikator bagi purata kes harian yang belum tercapai," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) remaja di sebuah sekolah, di sini hari ini.
Justeru Dr Izani menggesa seluruh rakyat Kelantan memberi kerjasama dengan sentiasa mematuhi dan mengamalkan SOP supaya kes jangkitan COVID-19 di negeri ini turun, sekali gus membolehkan negeri ini memasuki fasa seterusnya.
Setakat tengah hari ini Kelantan mencatatkan 1,063 kes baharu COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara
#PPN
#COVID-19
#Dr Izani Husin
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan