awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tak perlu tunggu pindaan Akta 522 untuk dakwa pihak terlibat tipu beras' - Hassan

Sinar Harian
Sinar Harian
27/02/2025
09:02 MYT
'Tak perlu tunggu pindaan Akta 522 untuk dakwa pihak terlibat tipu beras' - Hassan
Hassan berkata, peruntukan undang-undang sedia ada boleh diguna bagi menyiasat, menangkap dan mendakwa pihak yang terlibat dalam penipuan ini, yang didakwa telah berlarutan hampir dua tahun.
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa bertindak segera terhadap kilang beras, pemborong dan peruncit yang mencampurkan beras putih tempatan dengan beras import sebelum menjualnya pada harga lebih tinggi sebagai beras import.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup tidak perlu menunggu pindaan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) sebelum mengambil tindakan tegas.
Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa dua kementerian berkenaan boleh menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada bagi menyiasat, menangkap dan mendakwa pihak yang terlibat dalam penipuan ini, yang didakwa telah berlarutan hampir dua tahun.
"Antara akta yang boleh dikuatkuasakan termasuk Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) serta Akta Perlindungan Pengguna 1999.
"Dengan tindakan tegas sahaja dapat memastikan pengguna tidak terus menjadi mangsa penipuan kartel beras," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Semalam, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengesahkan bahawa analisis forensik DNA dapat membezakan dengan jelas antara beras putih tempatan dan beras import.
Penemuan ini memberi asas kukuh kepada kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat dalam penipuan ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#beras campur
#beras import
#beras tempatan
#tindakan tegas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan