MALAYSIA
Tak puas hati campuri masalah keluarga didakwa punca Shila Amzah diserang - Polis

Polis telah merakam percakapan empat individu termasuk saksi dan penyanyi terlibat, dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
KUALA LUMPUR: Rasa tidak puas hati kerana mencampuri masalah keluarga dipercayai punca selebriti Shila Amzah diherdik oleh seorang penyanyi legenda tempatan ketika sesi latihan konsert di sini baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Shila Amzah diherdik oleh seorang penyanyi legenda ketika latihan konsert MR DIY, dipercayai kerana mencampuri masalah keluarga.
- Polis telah merakam percakapan empat individu termasuk saksi dan penyanyi terlibat; kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
- Shila membuat laporan polis dan meluahkan rasa kecewa serta trauma kerana insiden berlaku secara terbuka di hadapan kru produksi.
“Siasatan kita mendapati punca kejadian ini adalah rasa tidak puas hati penyanyi berkenaan terhadap pengadu yang mencampuri masalah keluarganya,” katanya pada Ahad.
Dalam pada itu, Mohamed Usuf mengesahkan tiada laporan tambahan diterima daripada mana-mana pihak lain selain laporan oleh pengadu berkaitan insiden ini.
Sebelum ini, Shila memuat naik hantaran di akaun Instagramnya meluahkan rasa kecewa dan trauma dengan kejadian yang berlaku secara terbuka di hadapan kru produksi ketika sesi latihan konsert ulang tahun ke-20 MR DIY yang berlangsung di Stadium Merdeka.
Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Khamis lalu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami