ALOR SETAR:Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata tidak wajar bagi kerajaan Kedah mengorbankan hutannya yang luas untuk dijadikan kawasan tadahan air sementara Pulau Pinang mengaut keuntungan daripadanya secara percuma.
Justeru katanya Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan kerajaan Pulau Pinang patut membayar caj pengekstrakan air daripada sumber air mentah Kedah agar manfaatnya dapat dikongsikan dengan rakyat di kedua-dua negeri.
Beliau berkata PBAPP mengekstrak 80 peratus sumber air mereka daripada Sungai Muda setiap hari iaitu sebanyak 1.1 juta liter sehari (mld).
"Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) mengenakan caj kepada pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) bagi setiap meter padu yang diekstrak (800 mld) bagi tujuan membekalkan bekalan air terawat kepada seluruh rakyat Kedah.
"Caj yang sama patut dikenakan kepada pihak PBAPP yang mengekstrak setiap meter padu menggunakan sumber air berasal daripada Sungai Muda, walaupun sumber air yang diekstrak ialah di sebelah sempadan negeri Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhammad Sanusi berkata tiada sesiapa dapat menafikan bahawa air yang mengalir di Sungai Muda berasal dari Kawasan Tadahan Ulu Muda di Kedah.
Katanya kawasan tadahan air seluas 163,000 hektar itu memerlukan pengekalan dan kelestarian serta tidak diusahakan dengan aktiviti ekonomi yang mengubah rupa bumi dan fungsinya untuk menjamin bekalan air yang mencukupi kepada 4.06 juta rakyat Kedah, Perlis serta Pulau Pinang.
Muhammad Sanusi juga berkata Perjanjian 1985 perlu disemak semula memandangkan keperluan bekalan air dan pembangunan serta pengekalan kelestarian alam semula jadi bagi tujuan mengekalkan sumber air telah meningkat.
"Merujuk kepada Perjanjian 1985, persepakatan yang dicapai bertujuan 'menjamin bekalan air dari Ulu Muda yang terletak di negeri Kedah' dan jaminan hanya bermaksud menjamin bekalan air kepada Pulau Pinang, bukan jaminan bekalan air mentah secara percuma selamanya," katanya.
Katanya apabila wujud kos untuk penyelenggaraan sumber dan aliran, sewajarnya kos itu turut dipikul oleh Pulau Pinang selaku pihak penerima faedah.
"Apatah lagi, kos melepas akibat pengekalan kawasan tadahan di Ulu Muda semakin hari semakin meningkat," katanya.
Isu tuntutan caj air mentah membabitkan Pulau Pinang, berjumlah kira-kira RM50 juta setahun, kini hangat diperkatakan apabila kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Harapan itu enggan menjawab tuntutan bertulis yang dihantar kerajaan Kedah sejak 2010.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 13 2020
SANUSI: PBAPP dan kerajaan Pulau Pinang patut membayar caj pengekstrakan air daripada sumber air mentah Kedah. - Gambar fail
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewah
Pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri dibuat mengikut keperluan termasuk kereta rasmi untuk kegunaan Menteri Besar Kedah.
Kes hasutan: Keputusan permohonan Sanusi gantung perbicaraan diketahui 2 Feb
Hakim Nor Rajiah dalam keputusannya mengecualikan tertuduh daripada hadir pada tarikh berkenaan dan memaklumkan perbicaraan pada hari ini, esok dan 12 Februari digantikan dengan tiga tarikh baharu.
Sanusi dakwa empat negeri pembangkang dihalang sertai program kerajaan Persekutuan
Muhammad Sanusi mendakwa Exco dari empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) dihalang untuk sertai program anjuran kerajaan Persekutuan.
Kartel padi kawal industri - Sanusi
Kartel padi didakwa sudah lama wujud dalam industri padi negara menyebabkan hasil padi dan pendapatan pesawah tidak meningkat seiring dengan peningkatan teknologi.
Sanusi tiba di Istana Anak Bukit
Beliau dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-15 di hadapan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Sanusi angkat sumpah Menteri Besar Kedah esok
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah, esok.
PRN: Sanusi tidak pasti namanya ada dalam senarai MB Kedah baharu
Meminta jawatan Menteri Besar bukan disiplin dalam parti Pas, kata Sanusi.
Penahanan Sanusi dengan Anwar pada 1998 tidak sama - Fahmi
Naratif yang cuba dimainkan oleh sesetengah pihak yang menyamakan penahanan Muhammad Sanusi Md Nor dengan peristiwa Anwar Ibrahim ditahan pada 1998 adalah tidak tepat.
Pertuduhan Sanusi tiada kaitan dengan kerajaan - Fahmi Fadzil
Pertuduhan terhadap Sanusi itu susulan daripada kenyataannya yang cenderung untuk tidak setia kepada institusi diraja.
Sanusi mengaku tak salah terhadap satu lagi tuduhan menghasut
Muhammad Sanusi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang atas satu lagi pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut.