KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) yang juga Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddn Hassan selamat menjalani prosedur melibatkan jantung di sebuah hospital pada Isnin.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu entri terbaharu di akaun Facebooknya sebentar tadi.

"Saya baru menghubungi YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan pagi ini.

"Alhamdulillah beliau telah selamat menjalani pemeriksaan dan beliau maklumkan doktor telah siap memasang sten di saluran yang tersumbat.

"Alhamdulillah semua berjalan lancar dan dijangka akan keluar dalam sehari dua ini. 

"Teruskan doa agar beliau cepat sembuh sepenuhnya," tulis Tuan Ibrahim.

 
Sumber Facebook titmpas

Terdahulu, Takiyuddin dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu selepas mengalami masalah kesihatan jantung.

Beliau difahamkan menjalani prosedur angiogram selama tiga jam di sebuah hospital di Lembah Klang dan kini berada dalam keadaan stabil.