awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Taklukan' cili import: Kementerian tubuh 'task force'

Ibrahim Sani
Ibrahim Sani
25/08/2018
02:55 MYT
'Taklukan' cili import: Kementerian tubuh 'task force'
Menurut MOA, pengeluar tempatan hanya boleh menyumbang 37 peratus permintaan pasaran, selebihnya harus diimport dari luar negara. - Gambar hiasan
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah menggerakkan satu pasukan bertindak atau 'task force' bagi menangani isu berbangkit daripada pengimportan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Perhatian utama pasukan itu bagi menangani isu 'limpahan' cili merah import selain memastikan kecekapan kos pengeluaran di sepanjang 'rantaian nilai' dapat dijaga agar cili merah keluaran tempatan berdaya saing di dalam pasaran.
Pasukan ini akan turut dianggotai oleh beberapa Kementerian berkaitan termasuk dari Kementerian Kesihatan (MOH) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Menurut MOA, pengeluaran cili merah tempatan hanya boleh menampung 37 peratus permintaan pasaran. Selebihnya harus digalas oleh pengeluar cili antarabangsa.
"Pada tahun 2017, sebanyak 27,000 tan metrik hanya mampu menampung 37 peratus daripada permintaan negara," menurut sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh MOA hari ini.
"Sehubungan dengan itu, baki sebanyak 63 peratus lagi perlu ditampung melalui pengimportan bagi memastikan bekalan cili merah dalam pasaran mencukupi," MOA jelaskan lagi.
Pengimportan hasil pertanian dari negara luar dilaksanakan menerusi Permit Import iaitu instrumen kawalan yang digunakan oleh Kerajaan bagi mengawasi kualiti, keselamatan, penyakit dan perosak yang boleh membahayakan pengguna dan sektor pertanian negara.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Bactrocera latifrons
#chilli
#cili
#cili merah
#Maximum Residue Levels
#MOA
#Salahuddin Ayub
#tani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan