JOHOR BAHRU: Taktik menjadikan serbuk ekstasi seakan serbuk koko untuk mengaburi mata pihak berkuasa akhirnya tumpas, dengan tertangkapnya lima lelaki tempatan dalam dua serbuan, Isnin lepas.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata kelima-lima lelaki berusia antara 17 hingga 31 tahun itu, ditahan menerusi serbuan di dua rumah sewa sekitar Iskandar Puteri antara pukul 4.00 hingga 4.30 pagi.
“Modus operandi sindiket ini ialah menjadikan rumah sewa sebagai stor penyimpanan serta pembungkusan semula dadah, sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan sama ada kegunaan peribadi atau ke pusat hiburan.
“Kegiatan sindiket ini sudah aktif beroperasi sejak Julai tahun lepas. Mereka turut membungkus semula dadah ke dalam paket minuman berperisa. Pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM1.81 juta turut dirampas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Kumar berkata dalam serbuan itu, polis merampas 23.68 kilogram (kg) serbuk ekstasi, 997.4 gram ketamin, 193.5 gram ganja, 1,490 pil erimin 5 dan 41 pil ekstasi, serta pelbagai peralatan membungkus serbuk ekstasi selain dua kereta turut disita.
“Semua dadah ini boleh digunakan oleh 85,658 orang, jika ia terlepas ke pasaran. Hasil saringan air kencing mendapati empat daripada suspek positif ketamin, manakala hasil semakan rekod mendapati tiga suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya.
Kumar berkata kesemua mereka direman tujuh hari hingga esok, bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Dalam kes berasingan, beliau berkata seramai 780 individu termasuk tiga penjawat awam ditahan pihaknya, dalam operasi khas membanteras penyalahgunaan dadah yang dijalankan di seluruh negeri ini, bermula Isnin lepas hingga semalam.
“Tangkapan tersebut melibatkan mereka yang berusia lingkungan 18 hingga 70 tahun. Polis turut merampas pelbagai jenis dadah kira-kira 27kg yang dianggarkan bernilai lebih RM3 juta,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39C ADB 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 04 2024
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata kelima-lima lelaki berusia antara 17 hingga 31 tahun itu, ditahan menerusi serbuan di dua rumah sewa sekitar Iskandar Puteri antara pukul 4.00 hingga 4.30 pagi. - Foto Sinar Harian
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Taktik jadikan ekstasi serbuk koko tumpas
Taktik menjadikan serbuk ekstasi seakan serbuk koko untuk mengaburi mata pihak berkuasa akhirnya tumpas, dengan tertangkapnya lima lelaki tempatan dalam dua serbuan, Isnin lepas.