awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Talian Kasih terima 157,000 panggilan sejak PKP - KPWKM

Astro Awani
Astro Awani
12/11/2020
22:44 MYT
Talian Kasih terima 157,000 panggilan sejak PKP - KPWKM
Rina turut mendedahkan bahawa pihaknya sudah mengedarkan hampir sejuta bakul makanan kepada sejuta rumah, yang memanfaatkan empat juta isi rumah. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Talian Kasih menerima 157,000 panggilan telefon sejak kerajaan mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, dedah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun.
Katanya, daripada jumlah berkenaan 96 peratus daripadanya adalah untuk memohon bantuan.
“Kami akan sentiasa menambah baik perkhidmatan kami. Itu juga sebabnya kami ada Talian Kasih yang beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu, untuk menerima aduan-aduan,” jelasnya dalam program Agenda AWANI.
Pusat panggilan Talian Kasih 15999 kembali menerima jumlah panggilan tinggi sejak gelombang ketiga COVID-19 bermula pertengahan September lalu.
Aduan yang diterima berkaitan isu semasa, moratorium bayaran pinjaman, isu kewangan, keperluan anak-anak dan bantuan untuk menjana pendapatan akibat pasangan yang kehilangan kerja.
Menteri berkenaan turut mendedahkan bahawa pihaknya sudah mengedarkan hampir sejuta bakul makanan kepada 1 juta rumah, yang memanfaatkan 4 juta isi rumah.
Beliau juga tidak menafikan jika ada kalangan individu yang layak masih tidak menerima bakul makanan berkenaan.
Beliau juga berterima kasih kepada badan-badan bukan kerajaan yang turut sama membantu menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Rina Harun
#Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
#PKPB
#Talian Kasih
#Pusat Panggilan
#15999
#Agenda Awani
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan