awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taman Negara Niah disasar jadi Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2024

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
04/09/2022
10:34 MYT
Taman Negara Niah disasar jadi Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2024
Pengarah Jabatan Muzium Sarawak, Tazudin Mohtar berharap Taman Negara Niah akan diisytiharkan sebagai tapak warisan baharu di Sarawak selepas Mulu. - Astro AWANI
MIRI: Jabatan Muzium Sarawak mensasarkan Taman Negara Niah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2024.
Pengarahnya, Tazudin Mohtar berkata ia akan menjadi lokasi kedua tapak warisan dunia selepas Taman Negara Mulu yang diisytiharkan pada tahun 2000.
Setakat ini dokumentasi telah dibuat dan akan dihantar kepada pihak UNESCO pada tahun depan untuk penilaian lanjut.
“Kita sasar dalam tahun depan kita akan hantar dokumen berkaitan untuk mengangkat Taman Negara Niah sebagai tapak warisan dunia kepada UNESCO.
“Selepas penilaian dibuat, Insya Allah jika semua berjalan dengan lancar, dokumen itu kukuh mungkin dalam 2024, Taman Negara Niah akan diisytiharkan sebagai tapak warisan baharu di Sarawak selepas Mulu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa meninjau persiapan Persidangan Antarabangsa untuk Pencalonan Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia di Hotel Pullman Miri pada Ahad.
Persidangan itu katanya akan melibatkan penyelidik yang pernah menjalankan kajian dan kerja-kerja ekskavasi di Kompleks Gua Niah dan kawasan sekitarnya.
“Perkongsian yang diperoleh dalam persidangan ini akan digunakan untuk memperkukuhkan lagi dokumen pencalonan Taman Negara Niah kepada UNESCO yang turut merangkumi sektor budaya dan alam semula jadi,” katanya.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) Zolkipli Mohamad Aton berkata pihaknya komited memastikan ekosistem Taman Negara Niah itu konsisten dengan kriteria yang ditetapkan UNESCO.
Beliau percaya, penganugerahan status tapak warisan dunia itu akan mengangkat identiti sarawak sebagai lokasi pilihan komuniti arkeologi dan penyelidikan.
“Banyak perkara telah dilakukan untuk tujuan itu dan salah satunya penyediaan dokumen pencalonan yang setakat ini sudah memasuki fasa akhir.
“Taman Negara Niah dengan kompleks guanya merupakan salah satu kriteria yang harus dipandang serius dari segi nilainya yang bukan hanya memiliki makna yang besar kepada Sarawak, Malaysia tetapi masyarakat dunia kerana penemuannya melibatkan hasil arkeologi berusia antara 40,000 hingga 60,000 tahun.
Persidangan antarabangsa itu akan berlangsung selama empat hari bermula 5 hingga 8 September ini yang akan membabitkan beberapa sesi perkongsian kajian yang menyentuh budaya, pelancongan, alam semula jadi, dan komuniti.
Topic Berkaitan
#Niah
#Unesco
#tapak warisan dunia
#Muzium Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan