awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taman Rimba Kiara masih dibuka kepada orang ramai - Annuar Musa

Bernama
Bernama
30/07/2020
21:11 MYT
Taman Rimba Kiara masih dibuka kepada orang ramai - Annuar Musa
Annuar berkata kementerian tidak mempunyai masalah jika penduduk setempat ingin mengekalkan nama taman tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
Orang ramai masih dibenar menggunakan Taman Rimba Kiara meskipun tiang logam telah diletakkan di taman itu untuk proses persempadanan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata tindakan itu diambil oleh pemilik tanah iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menandakan sempadan perundangan.
"Jika proses memagar sempadan berlaku, orang ramai harus dibenar menggunakannya, ia tidak boleh menyekat penduduk daripada terus menggunakan taman itu sekurang-kurangnya buat masa ini.
"Ini bagi memastikan penglibatan berterusan antara pemilik, persatuan penduduk dan Ahli Parlimen kawasan itu," katanya selepas melawat taman itu di sini pada Khamis.
Mengulas penamaan semula taman itu daripada Taman Rimba Kiara kepada Taman Awam Bukit Kiara, Annuar berkata ia "hanyalah satu cadangan" oleh DBKL.
"Saya telah mengingatkan DBKL untuk menukar nama itu, terdapat beberapa prosedur tertentu yang harus diikuti dan permohonan perlu dibuat oleh sebuah jawatankuasa khas yang diterajui ketua setiausaha kementerian itu. Setakat ini, perkara itu belum dilakukan," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata kementerian itu tidak mempunyai masalah jika penduduk setempat ingin mengekalkan nama taman tersebut.
Pada Rabu, DBKL memuat naik hantaran mengenai penamaan semula Taman Rimba Kiara sebagai Taman Awam Bukit Kiara bagi mengelak orang ramai keliru tentang taman itu dengan sebuah lagi taman berhampiran iaitu Taman Persekutuan Bukit Kiara yang berada di bawah Jabatan Landskap Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#DBKL
#Jabatan Landskap Negara
#Kuala Lumpur
#penamaan semula
#persatuan penduduk
#persempadanan
#prosedur
#Taman Awam Bukit Kiara
#Taman Persekutuan Bukit Kiara
#Taman Rimba Kiara
#tiang
#tukar nama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan