KUALA LUMPUR:Kaji selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) mendapati responden mahu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) versi 1.0 dikekalkan dengan penambahbaikan serta menolak pelaksanaan PdPR versi 2.0.
Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock dalam kenyataan hari ini memaklumkan 98 peratus atau 14,043 daripada 14,298 responden menyatakan maklum balas tersebut menerusi kaji selidik berhubung PdPR versi 2.0.
Menurutnya antara maklum balas responden adalah belum masanya untuk murid membiasakan diri belajar dari 7.30 pagi hingga 1 tengah hari di hadapan komputer, komputer riba atau telefon bimbit selain mengurangkan subjek dalam satu hari, serta masih ramai murid belum mempunyai peranti untuk PdPR terutama daripada keluarga berpendapatan rendah.
"NUTP menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) menangguhkan pelaksanaan PdPR versi 2.0 yang menambah bebanan kepada murid, guru dan seterusnya ibu bapa kerana pihak KPM seolah-olah tidak mengambil kira situasi pembelajaran di rumah," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga menjalankan kaji selidik berkenaan PdPR dari sudut pandangan ibu bapa dengan 16,554 responden memohon KPM menambah baik kaedah PdPR.
Antara maklum balas responden termasuk ibu bapa merasa terbeban kerana sukar membantu anak-anak dalam pembelajaran terutama golongan ibu bapa yang tidak berpelajaran tinggi, PdPR dilihat terlalu membebankan murid dengan lambakan kerja sekolah selain guru tidak dapat meneliti tahap kebolehan murid.
Tan berkata pihak KPM seharusnya mencari pendekatan terbaik untuk melancarkan PdPR seperti menyelesaikan permasalahan murid yang ketiadaan peranti, masalah capaian Internet dan membantu mengawal harga kos peranti yang semakin meningkat.
"Sehubungan itu, pihak NUTP merayu campur tangan Menteri Kanan Pendidikan untuk menangguhkan PDPR versi 2.0 dengan mendengar rayuan dan mengambil kira rintihan murid, ibu bapa dan guru," katanya.
Berdasarkan Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPR versi 2.0 di laman web KPM, jadual waktu yang dicadangkan bagi sekolah rendah bermula 7.30 pagi sehingga 1 tengah hari manakala bagi sekolah menengah rendah (Tingkatan 1 hingga 3) bermula 7.30 pagi sehingga 2 petang.
Melalui sesi PdPR versi 2.0 ini, guru akan menyampaikan kandungan mata pelajaran bagi 30 minit pertama, kemudian memperuntukkan 30 minit seterusnya untuk sesi latihan dan tutorial.
Guru juga perlu memperuntukkan waktu rehat pendek selama dua hingga lima minit pada setiap 30 minit sesi PdPR dan lima hingga 10 minit pada waktu peralihan mata pelajaran dengan meminta murid melakukan aktiviti seperti regangan atau senaman ringan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 09 2021
NUTP menjalankan kaji selidik berkenaan PdPR dari sudut pandangan ibu bapa dengan 16,554 responden memohon KPM menambah baik kaedah PdPR. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
Laporan kubur besar Gaza membimbangkan - Jurucakap AS
Laporan mengenai kubur besar di Gaza adalah sangat membimbangkan.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah
Serangan tentera Israel yang membawa kemusnahan ke atas Semenajung Gaza memasuki hari ke-200 diburukkan lagi dengan rancangan Israel.
Dengan kejam rejim itu sedang dalam perancangan untuk menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Dengan kejam rejim itu sedang dalam perancangan untuk menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Polis sedang mengesan tiga lelaki tempatan kerana disyaki membakar seekor anak kucing di kawasan tempat letak motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Perbelanjaan ketenteraan global cecah AS$2.44 trilion tahun 2023
Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm mendedahkan, perbelanjaan ketenteraan global meningkat sebanyak 6.8% kepada paras tertinggi dalam sejarah iaitu AS$2.44 trilion pada 2023, berbanding 2022.
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Laksana pengajaran lebih banyak subjek menggunakan bahasa kebangsaan - Prof Ulung
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan bagi lebih banyak subjek di semua sekolah akan bantu meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
Kurikulum Kita: Mansuhkan pemisahan murid mengikut aliran di sekolah - Pakar pendidikan
Murid seharusnya diberikan ruang untuk belajar apa yang mereka suka dan mengikut kecenderungan mereka.
KPM nilai semula subtopik yang tidak selari dengan keperluan murid
KPM memaklumkan tindakan tersebut, dijalankan merujuk kepada aras yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
KPM benar semula aktiviti luar bilik darjah
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan menerusi surat siaran dan garis panduan berkata, kebenaran tersebut berkuat kuasa pada Selasa.
Guru bahagia lahirkan pelajar berjaya
Bergelar seorang guru bukan satu tugas yang mudah namun menuntut kecekalan dan minat mendidik yang tinggi.
Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, UNESCO usaha martabat bahasa orang asli
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) meneruskan usaha mengangkat martabat bahasa orang asli di seluruh dunia.
Belanjawan 2023: Penyaluran dana pendidikan harus berpaksi data, pemantauan berterusan
Pelajar-pelajar ini bukan sahaja keciciran kerana situasi pandemik yang melanda dua tahun lalu, sebaliknya sudah bermula sejak bertahun lamanya
Tragedi Batang Kali: Enam guru baharu ganti tenaga pengajar terkorban
Tenaga pengajar baharu akan menggantikan sesi pengajaran enam guru yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, dua minggu lalu.
KPM tangguh cadangan kembalikan sesi persekolahan bermula Januari
Keputusan untuk menangguhkan cadangan tersebut susulan mengambil kira aspek terhadap kebajikan guru, murid dan kesan kepada ekonomi negara.
Pembukaan sesi persekolahan 2023/2024 ditangguh seminggu - KPM
Ini bagi memastikan pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dilaksanakan dengan lancar.