KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) dan Al-Azhar Al-Sharif, Mesir sedang dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan pindaan terhadap perjanjian sedia ada sebagai usaha menambah baik pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata pindaan itu bertujuan untuk memastikan lepasan STAM adalah dalam kalangan mereka yang berkualiti tinggi dan berupaya melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar.
"KPM dan Al-Azhar Al-Sharif telah memeterai Memorandum Persefahaman Akademik dan Kebudayaan pada 18 Nov 1999 sebagai usaha menambah baik urusan kemasukan pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar.
"Menerusi perjanjian tersebut, KPM bertanggungjawab untuk mengendalikan peperiksaan STAM dengan kerjasama pihak Al-Azhar Al-Sharif. Sijil tinggi agama tersebut telah diselaraskan mengikut kurikulum Maahad Bu`uth Islamiyyah yang dibangunkan oleh Al-Azhar sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis Iftar Ramadan sempena Sambutan Hari Al-Azhar Sedunia dan Ulang Tahun Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia) ke-10 di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad dan Presiden WOAG Malaysia Prof Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti.
Radzi berkata menerusi perjanjian berkenaan juga, lepasan STAM boleh menggunakan sijil tersebut untuk memohon masuk ke Universiti Al-Azhar dan institusi pengajian tinggi di negara ini dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab.
Beliau berkata bagi tempoh 2000 hingga 2020, jumlah calon yang telah menduduki STAM adalah seramai 125,600 orang.
Dalam pada itu, beliau berkata alumni Al-Azhar di Malaysia telah membawa perubahan kepada sistem pendidikan Islam di negara ini termasuk memperkenalkan kurikulum Azhari yang dilaksanakan secara meluas di sekolah agama negeri dan sekolah agama persendirian.
"Bagi tujuan penyelarasan kurikulum, KPM telah berkerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pihak Berkuasa Agama Negeri untuk menyelaras kurikulum Azhari bagi setiap negeri dan membangunkan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) sebagai kurikulum kebangsaan bermula dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.
"Penyelarasan ini melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berstruktur bagi melahirkan murid yang seimbang dan cemerlang dalam bidang akademik dan agama. Keseimbangan ini dapat menyediakan generasi ulama pelapis dan cendekiawan Islam yang mampu bersaing di peringkat dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022

Radzi berkata menerusi perjanjian berkenaan juga, lepasan STAM boleh menggunakan sijil tersebut untuk memohon masuk ke Universiti Al-Azhar dan institusi pengajian tinggi di negara ini dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab. - Gambar fail
Anak perempuan Tommy Thomas cabar PM Australia
Anak perempuan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, Hannah akan bertanding menentang Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese di Grayndler pada Pilihan Raya Persekutuan negara itu, pada 3 Mei ini.
Tarif AS: Tiada negara boleh tetapkan tarif perdagangan ikut kehendak mereka- Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa tidak ada negara termasuk Amerika Syarikat (AS) boleh membuat ketetapan mengenai tarif dalam perdagangan mengikut kehendak mereka sehingga berpotensi menjejaskan struktur ekonomi negara lain.
Kerana wanita, dua kumpulan lelaki merusuh di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan suspek-suspek yang terlibat dalam rusuhan melibatakn dua kumpulan di sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bangsar, Jumaat lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 April 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 April 2025.
Korea Selatan, Parti Demokrat, Lee Jae Myung, pilihan raya presiden,Buletin AWANI
Empat pesilat serta seorang chef diberi penghargaan untuk membawa nama negeri Kedah ke Ekspo Osaka Kansai Jepun 2025.
Lee Jae Myung menang pencalonan presiden parti demokrat
Bekas pemimpin Parti Demokrat (DP) Lee Jae Myung, yang berjanji untuk pemulihan ekonomi dan dialog dengan Korea Utara, memenangi pencalonan presiden parti itu pada Ahad, menjelang pilihan raya Korea Selatan pada 3 Jun.
Hotel Jepun tuntut tandatangan pelancong Israel
Sebuah hotel di Kyoto meminta pelancong Israel menandatangani pengisytiharan tidak terlibat dalam jenayah perang sebelum mendaftar masuk. Tindakan ini mencetuskan kontroversi dan mendapat reaksi dari Duta Israel ke Jepun.
Petani Pakistan hilang sumber air, India sekat Sungai Indus
Tindakan itu susulan serangan militan mengorbankan 26 mangsa di Kashmir, penyerang didakwa warga Pakistan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.

Keputusan peperiksaan STAM tahun 2023 pada 26 Mac - KPM
Sebanyak 4,058 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.

Peperiksaan STAM 2023 bermula 2 Jan ini
Peperiksaan STAM akan dijalankan di 131 pusat peperiksaan di seluruh negara.

STAM: Anak peniaga pasar malam cemerlang, balas pengorbanan abang
Anak kedua daripada lima beradik itu meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Keputusan STAM diumum 18 April ini
Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan pada 18 April ini.

Keputusan STAM diumum Khamis depan
KPM menerusi kenyataannya memaklumkan, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

Tambah baik STAM: KPM, Al-Azhar Al-Sharif dalam peringkat akhir muktamad pindaan perjanjian - Radzi
Kementerian Pendidikan (KPM) dan Al-Azhar Al-Sharif, Mesir sedang dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan pindaan terhadap perjanjian sedia ada.

Pelajar SPM, STAM, UBPA boleh semak jadual waktu peperiksaan - KPM
KPM telah menyediakan jadual waktu peperiksaan bagi SPM, STAM dan UBPA tahun 2021.

STAM 2020: 27 daripada 5,574 calon peroleh gred Mumtaz
Indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang direkodkan adalah 3.04.

Calon duduki SPM 2020 cipta sejarah tersendiri
Seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020 cipta sejarah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan.