awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
Hubungan China-Malaysia akan terus cemerlang pada 2026 - Duta China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambang ERL: Kerajaan akan bertemu SPAD untuk kaji semula caj

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
02/12/2015
13:28 MYT
Tambang ERL: Kerajaan akan bertemu SPAD untuk kaji semula caj
Orang ramai boleh menyemak struktur tambang baharu dengan melayari www.KLIAekpres.com dan papan notis di stesen-stesen ERL. - Gambar fail
Kerajaan akan bertemu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) sebagai langkah mengkaji semula kenaikan caj tambang Express Rail Link Sdn Bhd (ERL).
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi berkata kenaikan caj tambang ERL tidak dapat dielakkan berikutan ia tertangguh hampir 14 tahun.
“Pada dasarnya kerajaan setuju naikkan harga tambang setelah 14 tahun permohonan mereka menaikkan tambang mengikut perjanjian tidak mendapat kelulusan, 14 tahun adalah jangka masa yang lama,” kata Aziz ketika ditemui di lobi Parlimen pada Rabu.
Ketika ditanya mengenai adakah kementerian akan bertemu semula dengan SPAD untuk membincangkan semula kenaikan harga tambang berkenaan, Aziz berkata beliau bersedia.
“Ya,” jawabnya ringkas.
Bagaimanapun Aziz mencadangkan pengguna yang sering menggunakan perkhidmatan ERL memohon kad perjalanan (travel card) yang ditawarkan oleh ERL.
“Ada pakej yang lebih murah, mereka boleh dapat maklumat dengan ERL," ujarnya.
Tambang baharu ERL bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ke KLIA2 ialah RM55, berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan, kenaikan pertama sejak pelancaran ERL pada 2002.
Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor berkata itu ialah kadar diskaun berikutan ERL dibenarkan untuk menyemak kadar tambang kepada RM64 berdasarkan terma-terma perjanjian konsesi.
Topic Berkaitan
#Aziz Kaprawi
#kenaikan caj
#SPAD
#Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat
#tambang ERL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan