ROMPIN: Kerajaan Pahang bersetuju mengurangkan kadar tambang feri antara Pulau Tioman dan tanah besar untuk penduduk pulau berkenaan kepada RM20 sehala berbanding kadar semasa RM50, mulai Januari tahun depan.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pengurangan 60 peratus itu bakal ditanggung kerajaan negeri membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM500,000 dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 3,600 penduduk pulau itu.
"Apabila mereka (penduduk Pulau Tioman) berjumpa saya, ramai yang mengatakan tambang ke tanah besar mahal, jadi saya tanya berapa (jumlah tambang) yang mereka mampu dan rata-rata mengatakan RM20," katanya sambil menambah perkara itu telah dibincangkan bersama Pegawai Kewangan Negeri.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program santai petang bersama penduduk Kampung Jawa di sini hari ini.
Kadar tambang baharu itu, menurut Wan Rosdy hanya membabitkan laluan masuk ke Pulau Tioman menggunakan Jeti Teluk Gading (dahulunya Tanjung Gemok), manakala harga tambang bagi penumpang dewasa bukan penduduk Pulau Tioman dan pelancong kekal RM60 sehala.
Selain itu, beliau turut memaklumkan kerajaan meluluskan pembinaan klinik dengan kemudahan wad bersalin, khidmat pergigian dan doktor pakar di pulau itu bagi memudahkan penduduknya mendapatkan rawatan.
"Ini bakal memudahkan (urusan) penduduk Pulau Tioman terutamanya ibu yang bakal bersalin tidak perlu pergi ke tanah besar, ia satu kemudahan dan perkara ini mudah diperoleh kerana kerajaan Pusat dan negeri adalah selari," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 04 2022
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail beramah mesra bersama penduduk Kampung Jawa ketika hadir pada Program Santai Petang sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.42 Tioman hari ini. - Foto BERNAMA
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Pelaksanaan SST, tambang feri Labuan naik enam peratus
Tambang feri di Labuan akan mengalami sedikit peningkatan berikutan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa hari ini.
Tambang feri penduduk Pulau Tioman RM20 sehala mulai Januari
Kerajaan Pahang bersetuju mengurangkan kadar tambang feri antara Pulau Tioman dan tanah besar untuk penduduk pulau berkenaan kepada RM20 sehala berbanding kadar semasa RM50, mulai Januari tahun depan.
Harga tambang baharu feri Labuan bermula 15 Jun
Kadar tambang itu sepatutnya dinaikkan pada 2017, namun telah ditangguhkan.
Rapid Ferry luaskan tambang konsesi kepada semua pelajar
Inisiatif baharu bagi menggantikan peraturan terdahulu yang membolehkan hanya pelajar dari sekolah kerajaan menikmati kemudahan itu.
Abang Johari janji terus ringankan beban kos sara hidup rakyat
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi jaminan bahawa beliau akan meneruskan dasar meringankan beban kos sara hidup rakyat negeri ini.