GEORGE TOWN: Orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan feri Pulau Pinang dari Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di sini ke Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth dan sebaliknya, akan menikmati tambang feri percuma tanpa had mulai 8 April ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Datuk Yeoh Soon Hin berkata inisiatif oleh SPPP dengan kerjasama Penang Port Sdn Bhd (PPSB) itu sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan tersebut yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan berkenaan.
"Dengan mengambil kira sifat kebersamaan dan tidak mengetepikan golongan tertentu, bermula 8 April ini OKU akan menikmati tambang feri percuma bagi semua kategori iaitu pejalan kaki, basikal dan motosikal.
"SPPP dan PPSB telah memperhalusi mekanisme pelaksanaan tambang percuma ini iaitu individu OKU hanya perlu mendaftar di mana-mana kaunter terminal feri sama ada di PSAH atau PRTU," katanya pada sidang media di sini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PPSB V. Sasedharan.
Yeoh berkata individu OKU tersebut perlu membawa bersama kad pengenalan dan kad OKU yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika melakukan urusan pendaftaran.
Beliau berharap pemberian itu akan dapat meringankan beban kos pengangkutan yang ditanggung golongan tersebut dan terus menjadikan mod pengangkutan itu sebagai pilihan selain menggunakan Jambatan Pulau Pinang.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pemberian pas bermusim yang tamat pada 31 Dis lepas diteruskan pada tahun ini dengan kadar diskaun 30 peratus bagi semua kategori penumpang feri.
Sementara itu, Sasedharan berkata keistimewaan tersebut hanya diberikan kepada rakyat Malaysia dan pendaftaran boleh dibuat bila-bila masa.
Menurutnya kadar tambang normal bagi perkhidmatan feri ialah RM2 bagi pejalan kaki dan penunggang basikal dan RM2.50 bagi pengguna motosikal, manakala golongan OKU kategori pejalan kaki sebelum ini hanya perlu membayar RM1.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Bermula 8 April, golongan OKU akan menikmati tambang feri Pulau Pinang secara percuma bagi semua kategori iaitu pejalan kaki, basikal dan motosikal. -Gambar fail/Bernama
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Tentera Israel halau rakyat Palestin di selatan & utara Gaza
Penduduk Palestin yang datang dari utara dan selatan Gaza dilihat memenuhi kawasan bandar Deir Al-Balah sejak hujung minggu ini dalam usaha mereka mencari perlindungan di tengah wilayah itu. Ini selepas mereka berdepan tekanan daripada tentera Israel untuk meninggalkan kedua kawasan utara dan selatan Gaza yang turut menempatkan laluan masuk yang baharu dibina oleh Israel yang kononnnya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin.
Penambahbaikan sistem untuk bantu jemaah dan petugas
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan sistem yang ditambahbaik tahun ini iaitu Content Delivery Network (CDN) dan sistem penginapan di masyair untuk membolehkan akses dan capaian lebih pantas bagi jemaah serta petugas haji Malaysia.
Ulang alik seludup diesel Bukit Kayu Hitam-Bangkok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia mematahkan tindakan seorang lelaki yang berulang alik Bukit Kayu Hitam-Bangkok untuk menyeludup keluar diesel.
Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini
Nancy berkata, ini termasuklah melatih lebih banyak tenaga pekerja dalam industri penjagaan, dengan matlamat mencapai sasaran 385 individu tahun ini.
Batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan
Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas. Pihaknya kini merancang untuk memasukkan vaksin itu di Bawah Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP).
Dituduh jadi 'badi' dalam keluarga, ibu tergamak buang anak OKU dalam lubuk buaya
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Vinod disahkan mengalami masalah pendengaran dan pertuturan.
Menangis di depan Kaabah walaupun hakikatnya kami buta - OKU penglihatan
"Walaupun kami tak nampak, apabila berada di depan pintu Kaabah, kami berasa hiba dan terus menangis sebab dapat merasakan kelainan dengan keadaan nyaman dan sejuk yang tidak sama dengan tempat lain."
Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Lebih 120 atlet pekak bersaing di Bukit Jalil
LEBIH 120 atlet pekak dari seluruh negara akan bersaing dalam Kejohanan Olahraga Orang Pekak Malaysia 2024 kali keempat pada 27 dan 28 April ini di Stadium Mini, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Tadarus tanpa suara melalui 'Quran Isyarat' untuk OKU pendengaran
Online Tadarus Tanpa Suara dapat dizahirkan dengan mengisyaratkan huruf-huruf al-Quran melalui isyarat kod tangan al-Quran.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Tambang feri Pulau Pinang percuma bagi OKU mulai 8 April
Inisiatif oleh SPPP dengan kerjasama Penang Port itu sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan tersebut yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan berkenaan.