awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tampar imam: Warga India direman dua minggu

Bernama
Bernama
19/09/2015
10:30 MYT
Tampar imam: Warga India direman dua minggu
Lelaki warganegara India yang menampar imam Masjid Negara ketika solat Jumaat semalam, direman 14 hari mulai hari ini.
Lelaki warganegara India yang menampar imam Masjid Negara ketika solat Jumaat semalam, direman 14 hari mulai hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata lelaki berusia 31 tahun dari Kashmir itu, yang dikategorikan sebagai pendatang asing tanpa izin, direman sehingga 2 Okt.
Katanya semakan dengan pihak Imigresen mendapati lelaki itu masuk ke negara ini pada 18 Jun lepas menggunakan pas lawatan sosial dan ia telah pun tamat tempoh.
"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tinggal melebihi masa, dan di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun
Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Zainol berkata semasa tangkapan dibuat, lelaki itu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.
"Bagaimanapun, pasport miliknya telah diserahkan oleh rakan serumahnya semalam. Polis akan membuat semakan dengan pihak Imigresen untuk mengetahui ketulenan pasport itu," katanya.
Lelaki itu menampar imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, ketika solat Jumaat setelah mendakwa ada suara ghaib mahukan dia mengimamkan solat itu.
Topic Berkaitan
#imam Masjid Negara
#India
#Kashmir
#Solat Jumaat
#Zainol Samah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan