awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tan Sri Aziz Shamsuddin meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
17/10/2020
00:30 MYT
Tan Sri Aziz Shamsuddin meninggal dunia
Abdul Aziz meninggal dunia pada pukul 11.52 malam tadi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, 82 tahun, meninggal dunia malam tadi.
Menurut catatan di laman Facebook Majlis Perundingan Melayu (MPM), Abdul Aziz meninggal dunia pada pukul 11.52 malam.
"Solat jenazah akan dilangsungkan di Bukit Damansara selepas solat subuh pada hari Sabtu, 17 Oktober 2020.
"Namun demikian, kami mohon maaf, Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya mengizinkan 20 orang sahaja untuk melaksanakan solat jenazah," kata MPM.
Jenazah akan dikebumikan di Gopeng, Perak.
"Dimohon agar kita semua dapat mendoakan buat Allahyarham, semoga Allah mengampuni segala dosanya dan menempatkan rohnya di kalangan yang beriman," jelas catatan itu.
Allahyarham menjawat jawatan Menteri Pembangunan Wilayah dan Bandar pada 2004 sehingga 2008, pernah menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Arwah yang sebelum ini bergiat aktif dalam MPM dan pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundingan MPM juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sumber Facebook majlisperundinganmelayu.mpm
Topic Berkaitan
#UMNO
#Facebook
#meninggal dunia
#PKPB
#Melayu
#majlis perundingan melayu
#Abdul Aziz Shamsuddin
#MPM
#bekas menteri
#solat jenazah
#UMNO Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan