awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilantik ahli majlis penasihat IRDA

Bernama
Bernama
26/01/2014
08:30 MYT
Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilantik ahli majlis penasihat IRDA
-gambarfail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahad, mengumumkan pelantikan Anggota Parlimen Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai Ahli Majlis Penasihat Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda).
Najib berkata, pelantikan itu dilakukan kerana beliau yakin Shahrir mampu mengolah pembangunan Iskandar Malaysia dengan idea yang lebih baik untuk kepentingan rakyat tempatan dan bukan hanya menguntungkan orang luar semata-mata.
"Kita tidak mahu Iskandar Malaysia dilihat sebagai projek yang menguntungkan orang luar sahaja kerana ia adalah untuk orang Johor dan Malaysia amnya di samping kita mengalu-alukan kemasukan pelabur asing.
"Inilah konsep pembangunan yang kita amalkan dan dengan adanya perancangan ini kawasan Iskandar Malaysia diharap akan membangun dengan lebih pesat," katanya semasa mengumumkan pelantikan itu di hadapan lebih 5,000 orang yang hadir di majlis perasmian pejabat baharu Umno Johor Baharu di sini, Ahad.
Majlis turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Shahrir, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong, dan Naib Presiden MIC Datuk S. Balakrishnan.
Dalam masa yang sama beliau turut berharap dalam kepesatan membangun sebagai bandar metropolis, sokongan rakyat terhadap Umno tidak akan terhakis.
"Jangan jadi bandar metropolis tetapi Umno terhakis sokongannya, kita tidak mahu nasib yang berlaku seperti di Kuala Lumpur menimpa Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini. Kita mesti pastikan apabila berlaku perubahan besar sokongan rakyat terhadap BN terus padu," katanya.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#IRDA
#Tan Sri Shahrir Abdul Samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan