awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah jerlus Masjid India: Kamera teleskopik diguna dalam operasi SAR malam ini

Bernama
Bernama
30/08/2024
15:50 MYT
Tanah jerlus Masjid India: Kamera teleskopik diguna dalam operasi SAR malam ini
Kamera teleskopik dijangka digunakan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) malam ini dalam usaha mengesan mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India. - Gambar fail/BERNAMA
Kamera teleskopik dijangka digunakan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) malam ini dalam usaha mengesan mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Sumber berkata kamera itu mempunyai gabungan teknologi yang terdapat pada kamera push rod dan crawler yang digunakan sebelum ini.
"Peralatan ini ditawarkan secara percuma oleh pihak swasta kepada pasukan SAR untuk membantu usaha SAR dan akan digunakan malam ini," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata penggunaan kamera itu akan membantu pasukan SAR melihat imej lebih jelas terutama di lurang kumbahan dua di kawasan pencarian yang dikesan tersumbat akibat sisa sampah dan backlog.
Tinjauan Bernama mendapati jentera berat seperti kren berada di lokasi dipercayai untuk membantu usaha SAR yang kini masuk hari kelapan.
Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Nor Hisham Mohammad memaklumkan bahawa usaha SAR dengan kaedah penyelaman adalah terlalu berisiko.
Ia susulan faktor risiko yang dikenal pasti iaitu aliran air bawah tanah yang deras, ruang sempit untuk pasukan penyelamat dan sisa-sisa sampah serta backlog yang keras di kawasan carian.
Pada 23 Ogos lepas, seorang wanita warga India dikenali sebagai G.Vijaya Lakshmi, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah jerlus masjid india
#kamera teleskopik
#operasi sar
#mencari dan menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan