awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah jerlus: Suruhanjaya Tinggi India beri sokongan berterusan kepada keluarga

Bernama
Bernama
28/08/2024
11:45 MYT
Tanah jerlus: Suruhanjaya Tinggi India beri sokongan berterusan kepada keluarga
Menurut Suruhanjaya Tinggi India, pasukan SAR sedang menganalisis dengan teliti laluan dan lokasi baharu yang mungkin dapat mengesan warga India yang hilang itu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur sedang bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan ketika usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita dari negara itu yang terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter memasuki hari keenam.
Suruhanjaya tinggi itu juga terus berhubung dengan keluarga wanita berkenaan untuk menawarkan sokongan berterusan.
"Pencarian masih diteruskan untuk mengesan warganegara India (Vijaya Lakshmi Gali) yang terjatuh ke dalam lubang di Kuala Lumpur pada Jumaat, 23 Ogos," menurut suruhanjaya tinggi itu dalam satu hantaran di platform X pada Rabu.
Menurut suruhanjaya tinggi, pasukan SAR sedang menganalisis dengan teliti laluan dan lokasi baharu yang mungkin dapat mengesan warga India yang hilang itu.
"Pihak berkuasa tempatan, termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Indah Water Konsortium, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kini disokong oleh Angkatan Pertahanan Awam dan pasukan saintifik khusus dengan peralatan canggih yang terlibat dalam pencarian," menurut kenyataan itu.
Menurut hantaran itu, selepas 'membersihkan' sebahagian sistem saliran, pencarian dipertingkatkan dengan teknik khusus, termasuk penggunaan pancutan air tekanan tinggi untuk mengalihkan halangan, kamera kawalan jauh, dan radar menembusi tanah untuk memetakan kawasan yang sukar diakses.
Pada 23 Ogos, Vijaya Lakshmi, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter yang disebabkan oleh tanah jerlus.
Operasi mencari dan menyelamat untuk mengesannya kini memasuki hari keenam.
Mangsa yang berada di Malaysia bersama keluarganya untuk bercuti sedang melalui kawasan itu dalam perjalanan ke kuil berhampiran ketika kejadian berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#SAR
#tanah jerlus
#kamera kawalan jauh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan