awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah lapangan terbang: Kesediaan Faizal disiasat SPRM tidak selesai isu - Aziz Bari

Aida Aziz
Aida Aziz
24/04/2022
22:30 MYT
Tanah lapangan terbang: Kesediaan Faizal disiasat SPRM tidak selesai isu - Aziz Bari
Abdul Aziz mendesak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak untuk mengambil tindakan. - Foto fail
IPOH: Kesediaan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung isu penjualan tanah lapangan terbang disifatkan tidak membawa kepada jalan penyelesaian.
Perkara itu disuarakan oleh Ketua Pembangkang Perak, Abdul Aziz Bari yang mendakwa SPRM sendiri mempunyai beberapa kekangan, termasuk tidak mempunyai kuasa pemutus dalam pendakwaan yang berada di tangan Peguam Negara.
Justeru, beliau mendesak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak untuk mengambil tindakan berhubung isu penjualan tanah lapangan terbang berkenaan.
"Isu penjualan tanah lapangan terbang Seri Iskandar sudah menjadi bualan umum di Perak dan seluruh negara sejak sebulan lalu.
"Terbaru, bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan kesediaan untuk disiasat SPRM. Bagaimanapun itu semua tidak membawa kita ke mana-mana.
"Begitu juga dengan kedudukan projek Taman Tema Animasi Studio (MAPS) yang diusahakan oleh sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
"Itu belum mengambil kita kredibiliti SPRM sendiri yang terjejas teruk selepas munculnya kes berhubung dengan integriti orang nombor satu agensi berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Tegas Abdul Aziz lagi, dalam soal MAPS, Ahmad Faizal sendiri telah beberapa kali membuat laporan SPRM namun anehnya tidak membuahkan sebarang hasil.
Abdul Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP Perak menegaskan amat wajar untuk PAC Perak mengambil tindakan berhubung isu itu.
"Justeru, amat wajar untuk PAC Perak untuk mengambil tindakan. Sebagai badan yang bebas daripada kerajaan kita yakin ada sesuatu yang boleh dibuat.
"Hendak seribu daya daya tak hendak seribu dalih," katanya lagi.
Terdahulu media melaporkan, Ahmad Faizal menyatakan kesediaan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung isu penjualan tanah bagi tapak cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar.
Beliau dipetik berkata, sebagai rakyat Malaysia, beliau wajib memberi kerjasama bagi membantu siasatan pihak berkuasa.
Menteri Belia dan Sukan itu juga mahu SPRM menyiasat perkara tersebut dan mendedahkan kepada orang ramai mengenai perkara sebenar.
Topic Berkaitan
#tanah lapangan terbang
#Faizal Azumu
#Aziz Bari
#PAC Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan