KUALA SELANGOR :Seramai 67 pekerja daripada dua syarikat di Bestari Jaya dekat sini dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang selepas berlaku tanah mendap di sebuah kawasan lapang berhampiran premis berkenaan pada petang semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata dalam kejadian pada kira-kira 6.50 petang semalam itu, berlaku tanah mendap sedalam 10 meter (m) dengan berkeluasan 500m x 100m berhampiran Jalan PKPS di Kampung Bestari Jaya dekat sini.
"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 6.51 petang dan tujuh anggota bomba dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian.
"Berdasarkan maklumat awal, JBPM Selangor diberitahu bahawa terdapat seorang mangsa tertimbus akibat tanah mendap berkenaan, bagaimanapun selepas melakukan kiraan pekerja di dua premis berhampiran didapati tiada mangsa hilang atau tertimbus," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah Hafisham pemeriksaan pihaknya mendapati masih berlaku runtuhan kecil dan mendapan dan turut dikesan satu rekahan sedalam 10m di kawasan tanah mendap berkenaan.
Kata Hafisham lagi oleh itu pihak JBPM Selangor dan pihak polis telah menasihati agar operasi di dua premis itu diberhentikan sementara waktu dan para pekerja yang tinggal di asrama berhampiran lokasi tanah mendap dipindahkan ke PPS SK Rantau Panjang.
"JBPM Selangor telah menjalankan kerja-kerja sanitasi di sekolah berkenaan sebelum para pekerja ladang ternak ayam itu dipindahkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 16 2021

Pemeriksaan pihaknya mendapati masih berlaku runtuhan kecil dan mendapan dan turut dikesan satu rekahan sedalam 10m di kawasan tanah mendap berkenaan. - Gambar/ Sinar Harian

'Messi Kedah' sah dipinjamkan ke Perak FC musim ini
Pemain yang diberi jolokan 'Messi Kedah' itu pernah dinobatkan sebagai Pemain Muda Harapan di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014.

Seorang maut, 94 cedera akibat salji lebat di Korea Selatan
Ratusan kenderaan terkandas di beberapa lebuh raya utama sepanjang pantai barat negara itu, manakala lebih 460 kemalangan dilaporkan.

Morbidelli letak sasaran lebih tinggi dalam musim ketiga bersama SRT
Pelumba Itali yang mewakili Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) semenjak 2019 itu bertekad untuk menjadi juara apabila kembali mencelapak jentera Yamaha YZR-M.

AWANI Ringkas: Kelulusan daftar bersyarat tiga vaksin | KL sokong perdamaian di Myanmar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

AWANI Ringkas: Petunjuk ekonomi negara mula catat pemulihan | Penggambaran, operasi pawagam dibenarkan 5 Mac
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

Arab Saudi wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah haji tahun ini
Menteri Kesihatannya berkata ia merupakan antara syarat utama dikenakan kepada jemaah bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Dua warga Pakistan ditahan, disyaki bunuh rakan senegara
Siasatan polis mendapati mangsa berhutang beberapa ribu ringgit dengan suspek.

Amerika Syarikat jangka semua warga dewasanya divaksin akhir Mei ini
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menjangkakan semua orang dewasa di negara itu akan menerima suntikan vaksin COVID-19 menjelang akhir Mei ini.

Texas tarik balik arahan pemakaian wajib pelitup muka
Gabenor Greg Abbot mengumumkan untuk menarik balik arahan pemakaian pelitup muka mandatori di Texas yang dilaksanakan susulan jangkitan pandemik COVID-19.

Kerajaan perlu berani adakan sidang Parlimen
Muhammad Fathi tidak menolak kemungkinan berlaku pergolakan politik jika sidang Parlimen dilaksanakan, namun percaya ia memberi ruang kepada proses demokrasi di negara ini.

Tanah mendap seluas 50,000 meter persegi di Shah Alam, 67 orang dipindahkan
Seramai 67 pekerja daripada dua syarikat di Bestari Jaya dekat sini dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang selepas berlaku tanah mendap.

JKR terima 267 laporan kerosakan jalan akibat banjir di enam negeri
Jabatan Kerja Raya (JKR) menerima sebanyak 267 laporan berhubung kerosakan jalan raya, jambatan, cerun runtuh dan jalan mendap membabitkan enam negeri yang dilanda banjir.

Kereta api lima gerabak tergelincir
Kejadian jam 7.49 malam itu melibatkan lima gerabak iaitu tiga gerabak penumpang, satu gerabak generator dan satu gerabak enjin.

Tanah mendap 'telan' 21 kenderaan di China
Penduduk di wilayah Sichuan, China kecoh apabila sekitar 21 buah kereta 'ditelan bumi' dalam kejadian yang didakwa berlaku malam tadi waktu tempatan.

Tanah mendap di Jalan Melati Utama sedang dibaik pulih - Datuk Bandar
Pihaknya menerima makluman kejadian tanah mendap itu daripada orang awam kira-kira jam 8.50 pagi tadi dan anggotanya dikerahkan ke lokasi.

Pemulihan bekalan air di Klang capai 100 peratus, Kuala Langat berperingkat
Gangguan bekalan air di kawasan Klang yang berlaku berikutan insiden paip pecah di kawasan tanah mendap sejak Isnin lepas, telah pulih 100 peratus.

Jalan Klang-Banting berhampiran Johan Setia ditutup kerana berlaku tanah mendap
Mendapan itu dikesan berlaku kira-kira 3 petang di persimpangan lampu isyarat Kampung Johan Setia menghala ke Banting.

Kerja pembaikan dua kawasan mendap di Jalan Taman U Thant akan disegerakan
Antara kerja-kerja pembaikan yang akan dilakukan ialah penyelenggaraan longkang dan kerja yang bersesuaian bagi memastikan masalah di kawasan ini diatasi sepenuhnya dan tidak berulang.

Kolam tadahan tidak diselenggara punca banjir di Johor Jaya
Keadaan itu bertambah buruk apabila keadaan tanah mendap juga menjadi halangan kepada laluan air di situ.

Kenderaan jerlus dalam lubang akibat tanah mendap
Dalam kejadian sekitar jam 11.35 malam itu, kenderaan jenis Perodua Myvi ketika itu dipandu seorang wanita berusia 42 tahun.