awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh: Baik pulih Jalan Kuantan-Segamat dijangka siap Isnin

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2021
14:40 MYT
Tanah runtuh: Baik pulih Jalan Kuantan-Segamat dijangka siap Isnin
Kerja baik pulih segera di salah satu lokasi di KM73 dijangka dapat disiapkan pada Ahad sekiranya cuaca baik. - Foto/JKRJohor
KUALA LUMPUR:Kerja baik pulih dua lokasi tanah runtuh di Kilometer (KM) 63 dan KM73 Jalan Kuantan-Segamat di Pekan, yang berlaku Jumaat lepas, dijadualkan siap selewat-lewatnya Isnin ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Norolazali Sulaiman berkata kerja baik pulih segera di salah satu lokasi di KM73 dijangka dapat disiapkan pada Ahad sekiranya cuaca baik.
Kerja baik pulih segera ini dilakukan oleh kontraktor pembinaan jalan itu memandangkan jalan tersebut dalam tanggungjawab mereka kerana masih dalam proses kerja akhir pembinaan.
Norolazali berkata runtuhan tersebut terletak dalam kawasan pembinaan fasa satu projek menaik taraf jalan persekutuan dari Gambang, ke Segamat, Johor.
Tambahnya, kerja baik pulih runtuhan di KM63, yang menyaksikan lubang besar di kaki jalan, dilakukan dengan mengukuhkan cerucuk tebing dan hanya satu lorong dibuka buat masa ini.
Manakala kerja pembersihan dan menimbus lubang dilakukan di lokasi runtuhan kedua di KM73 yang menyebabkan terdapat lubang merentangi kedua-dua lorong jalan berkenaan.
Kejadian runtuhan itu dipercayai berlaku kira-kira 10 pagi Sabtu, ekoran aliran air deras berterusan sejak 3 petang pada 31 Dis lepas.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#banjir
#Jalan Kuantan-Segamat
#baik pulih
#JKR
#Pekan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan