awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: 29 daripada 94 mangsa adalah kanak-kanak

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
20/12/2022
07:24 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: 29 daripada 94 mangsa adalah kanak-kanak
Menurut data tersebut, 21 mayat ditemukan di sekitar lokasi pencarian Sektor A dan Sektor B., manakala tiga mayat termasuk dua beranak ditemukan di Sektor C. - Foto Jabatan Penerangan
HULU SELANGOR: Seramai 29 kanak-kanak disahkan sebagai antara 94 mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm Jalan Batang Kali - Gohtong di sini, Jumaat lalu.
Namun demikian, daripada angka itu tidak dapat dipastikan jumlah sebenar kanak-kanak yang terkorban dalam insiden itu.
Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), paling ramai mangsa dilaporkan berada di Sektor A (hill view) ketika kejadian iaitu 42 orang. Daripada jumlah itu, 17 adalah kanak-kanak.
Sementara itu, Sektor B (farm view) pula merekodkan 12 mangsa termasuk tiga kanak-kanak, manakala 17 dewasa dan sembilan kanak-kanak dilaporkan berada di Sektor C (riverside).
Sektor D pula menempatkan 14 pekerja ladang dan kesemuanya mereka dilaporkan selamat.
Ikuti perkembangan tragedi tanah runtuh Batang Kali DI SINI!
Menurut data tersebut, 21 mayat ditemukan di sekitar lokasi pencarian Sektor A dan Sektor B., manakala tiga mayat termasuk dua beranak ditemukan di Sektor C.
Pada sidang media pagi tadi, Penolong Pengarah JBPM Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) tertumpu kepada timbunan tanah dan kenyataan daripada saksi di Sektor C dan kawasan sekitar.
Selain itu, pasukan ‘sweeper’ juga akan digerakkan ke kawasan ‘ground zero’ sehingga Sungai Kendondong dengan jarak tiga hingga empat kilometer, bagi mencari mangsa hang kemungkinan dihanyut.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#batang kali
#JBPM Selangor
#mangsa kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan